Jika tudung Bawal Exclusive (BE) bernilai RM50,000 yang sudah dimilik dianggap harganya tidak masuk akal, kali ini netizen tidak perlu terkejut kerana tudung termahal di dunia berharga RM70,000 pula bakal diperagakan.
Perkara tersebut dimaklumkan Pengasas BE, Haliza Maysuri, sempena Oscar’s Glamorous Night With As Galleria malam tadi sekali gus memecah rekod harga tudung termahal sebelum ini iaitu RM50,000.
Haliza berkata, tudung bertahtakan swarovski yang diimport dari Austria itu sudah ditempah dan bakal menjadi milik seorang usahawan berusia 30-an dari negeri Kelantan.
Kelainannya untuk tempahan kali ini, beliau berkata, wanita tersebut mahukan tudung warna biru itu dihiasi dengan kemewahan dasar laut.
Katanya, tudung corak lain dari yang lain itu ditempah menerusi butik As Galleria milik Rabiatul Hasmak Ghani di Lembah Sireh, Kota Bharu baru-baru ini.
“Sebelum kami bersetuju terima tempahan. Syarikat telah merujuk kepada ibu pejabat kerana ini bukan tudung yang biasa-biasa, harganya termahal.
“Kami akan gunakan kidmat pakar dari Itali yang berada di Singapura untuk hasilkan tudung demi memberi kepuasan kepada pemiliknya,” katanya pada sidang akhbar malam tadi.
Majlis meraikan 300 pembeli setia terpilih dengan nilaian belian minimum RM5,000 sehingga RM100,000 setahun itu turut dihadiri Pengarah Urusan Swarovski Asia Tenggara dan New Zealand, Sebastian Cox.
Katanya, selain menggunakan swarovski tulen, tudung berkenaan menjadi mahal kerana setiap satu permata itu disusun menggunakan tangan satu persatu dan bukannya dihasilkan oleh mesin.
Baru-baru ini heboh berikutan tudung bawal hitam jenama BE bernilai RM50,000 menjadi milik seorang usahawan juga dari Pantai Timur iaitu di Pahang.
Untuk rekod, wanita di Kelantan pernah membeli tudung BE berharga RM10,000 sehelai, RM21,600 dan pada tahun lepas pula bernilai RM33,000 sehelai.
ARTIKEL BERKAITAN: Tudung bawal hitam RM50,000, sama harga dengan sebuah Myvi!
Kegilaan terhadap tudung BE tidak dapat dinafikan lagi memandangkan seseorang itu sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk sehelai tudung.
Mengulas lanjut Haliza berkata, pihaknya tidak menjadikan perkongsian mengenai tudung yang bernilai RM70,000 itu sebagai strategi melariskan jualan tetapi ia satu realiti.
“Kami mempunyai bukti resit pembelian dan sebagainya. Lagipun kami bersyukur BE sudah menjadi pilihan dan dipercayai sejak 21 tahun lalu lagi,” katanya.
Katanya, bagi pemakai setia BE, mereka sudah mengetahui dan merasai kelainannya mahupun keistimewaan berhijab dengan jenama keluaran syarikatnya
“Saya pernah bertanya mengapa sanggup bayar mahal hanya untuk sehelai tudung satu meter ini.
“Jawapannya semua adalah demi kepuasan diri sendiri dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Lagipun pembelinya tidak mahu dikenali.
“Individu itu juga memberitahu, jika harga kasut keluaran negara luar berharga belasan ribu ringgit boleh dibeli inikan pula tudung yang boleh menutup aurat dan dibuat oleh usahawan tempatan,” katanya.
Sinar Harian
Fri Jun 28 2019

Perkara tersebut dimaklumkan Pengasas BE, Haliza Maysuri, sempena Oscars Glamorous Night With As Galleria malam tadi sekali gus memecah rekod harga tudung termahal sebelum ini iaitu RM50,000. - Foto Sinar Harian
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

'Kalau kasut harga puluhan ribu letak di kaki, kenapa bila tudung mahal cakap riyak?'
Haliza Maysuri menegaskan syarikatnya masih memegang rekod tudung termahal di dunia dengan harga bernilai RM150,000 untuk sehelai tudung.

Jutawan tudung puas hati tempah gaun bernilai RM250,000
Gaun rekaan Rizalman Couture itu diinspirasikan daripada karakter drama Turki, Magnificent Century dan bertatahkan lebih 83,900 butir kristal Swarovski.

Bukan menunjuk-nunjuk tetapi tudung termahal di dunia RM70,000 sudah ditempah
Netizen tidak perlu terkejut kerana tudung termahal di dunia berharga RM70,000 pula bakal diperagakan.