"SAYA dah tempah gaun ni sejak setahun lalu," demikian kata-kata pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri mengenai gaun maroonnya yang viral ketika sambutan ulangtahun ke-25 jenama tudungnya.
Dedah Haliza lagi, dia berbangga dapat menyarung gaun bernilai RM250,000 rekaan Rizalman Couture.
Malah, busana berwarna maroon itu diinspirasikan daripada karakter drama Turki kesukaannya, Magnificent Century dan bertatahkan lebih 83,900 butir kristal Swarovski.
"Harga RM250,000 merangkumi harga kesemua sepersalinan penuh gaun termasuk mahkota dan kasut yang saya pakai.
"Fabrik gaun ini pula diimport dari United Kingdom (UK). Proses itu mengambil masa sangat panjang memandangkan ia dijahit secara teliti dengan teknik handmade," katanya kepada Gempak.
Haliza mencuri tumpuan ramai dengan gaun maroon baldu ketika menghadiri makan malam tahunannya bersama lebih 800 tetamu di Sunway Hotel Resort.
Dedah Haliza lagi, pada mulanya dia mahu mendapatkan khidmat rekaan pereka fesyen dari Turki.
"Sebenarnya sebelum berjumpa Rizalman, saya sudah mencari beberapa pereka fesyen di Turki, tetapi agak sukar kerana perlu fitting dan ulang alik ke sana. Jadi, saya rasa satu-satunya pereka fesyen yang dapat memenuhi kehendak saya adalah Rizalman.
"Saya beri kepercayaan kepada Rizalman Couture menghasilkan busana ini kerana mereka sangat detail dan itu yang memberikan saya keyakinan. Sebelum ini, untuk acara besar pun saya memang menggunakan khidmat mereka.
"Inilah hasilnya dan memang rasa amat berat dan sukar untuk digambarkan penampilan saya. Apa yang saya nak, Rizalman sudah dapat menjiwainya," ujarnya.
Melanjutkan bicara, dia tidak kisah untuk berbelanja besar untuk gaun maroon itu sebagai salah satu tanda sokongan kepada pereka fesyen tempatan.
"Malam ini dihadiri oleh pihak Swarovski yang diterbangkan daripada Austria semata-mata untuk majlis makan malam. Saya memang nak pihak Swarovski melihat busana saya dan sokongan rakyat Malaysia terhadap Bawal Exclusive.
"Saya beli sepersalinan pakaian dengan harga RM250,000 yang dihasilkan orang seni. Why not? Siapa yang tidak kenal dengan Rizalman kan?" tambahnya.
Selain itu, Bawal Exclusive turut membuat bidaan untuk rekaan tudung pertama yang dikeluarkan iaitu Bawal Tabur.
Bermula dengan harga RM25, Bawal Tabur ini telah berjaya dibida dengan harga tertinggi RM78,000.
Hasil jualan tersebut disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin (Malaysia Medical Relief Society).
Majlis yang penuh gemerlapan ini juga mempamerkan koleksi-koleksi yang direka khas oleh creative designer Bawal Exclusive yang berharga antara RM10,000 sehingga RM113,000.00
Di samping itu, acara tersebut juga untuk meraikan pelanggan-pelanggan dari seluruh Malaysia yang banyak menyokong dan menaikkan jenama Bawal Exclusive.
Tidak dilupakan juga kepada Premium Reseller dan Reseller yang menjadi rantaian untuk menyebarkan lagi Bawal Exclusive kepada semua peringkat masyarakat.
Sekadar info, Bawal Exclusive cukup terkenal dari aspek ketukangan yang luar biasa, perhatian terhadap perincian dan komitmen terhadap kualiti. Setiap koleksi, sama ada tempahan ataupun tudung sedia ada, menceritakan kisah inovasi dan keperibadian, merakamkan intipati keanggunan moden dan gaya abadi sambil mengekalkan ciri-ciri kesopanan pada tahap terbaik.
Bawal Exclusive telah berkembang menjadi jenama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan telah memikat hati individu dalam dunia fesyen di lebih daripada lima buah negara. - Gempak
Gempak
Mon Dec 18 2023
Menurut Haliza Maysuri, gaun rekaan Rizalman Couture itu diinspirasikan daripada karakter drama Turki, Magnificent Century dan bertatahkan lebih 83,900 butir kristal Swarovski.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Setiba di lokasi, motosikal ditunggang lelaki warga tempatan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Jutawan tudung puas hati tempah gaun bernilai RM250,000
Gaun rekaan Rizalman Couture itu diinspirasikan daripada karakter drama Turki, Magnificent Century dan bertatahkan lebih 83,900 butir kristal Swarovski.