OPENAI telah memperkenalkan aplikasi ChatGPT untuk MacOS baru-baru ini, sekali gus membolehkan para pengguna komputer Apple mengakses sokongan ChatGPT dengan mudah terus pada desktop pada bila-bila masa.

Namun, mengikut semakan pembangun, OpenAI didapati menyimpan pelbagai data perbualan dan pertanyaan dalam teks biasa, tanpa sebarang penyulitan.

Ini sekali gus membuatkan sesiapa yang mempunyai akses komputer berkenaan, boleh melihat kepada data perbualan ini.

Aplikasi ChatGPT untuk MacOS juga dilihat tidak menggunakan piawaian biasa sistem operasi Apple berkenaan.

Apa pun, selepas perkara ini diketengahkan dan dibincangkan, pihak OpenAI telah mengeluarkan kemas kini terbaru aplikasi ChatGPT untuk MacOS yang menyelesaikan masalah ini.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi ChatGPT untuk MacOS, mungkin boleh memuat turun kemas kini terbaru yang menyulitkan data.