TAIPING: Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) tidak akan mempengaruhi usaha kerajaan mewujudkan satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti penipuan dalam domain atau platform dalam talian.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata ini kerana kedua-dua akta berkenaan sama sekali berbeza dari sudut teknikal dan pelaksanaan perundangan.
"Pindaan Akta 709 ini lebih kepada jaminan untuk memastikan data peribadi yang disimpan itu selamat. Sekiranya berlaku insiden kebocoran atau penggodaman, maka di situ kita perlu letak peruntukan undang-undang yang memerlukan secara mandatori untuk pihak berkepentingan memberikan notis tentang perkara itu.
"Manakala akta baharu yang ingin diwujudkan lebih terarah kepada membasmi penipuan dalam talian yang berlaku terhadap mana-mana individu. Jadi, kita dapat lihat ia berbeza dari sudut perundangan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam sempena sambutan 150 tahun Bandar Warisan Taiping anjuran Pertubuhan Sri Guru Singh Sabha di sini Ahad malam.
Khamis lepas, Gobind dalam kenyataan berkata Kabinet meluluskan cadangan pindaan Akta 709 yang dijangka dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat kali ini bagi memastikan perundangan perlindungan data peribadi di Malaysia selaras dengan piawaian, perubahan serta perkembangan undang-undang global.
Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dilapor berkata kerajaan sedang merangka akta baharu merangkumi peruntukan berhubung dengan tatacara dan penguatkuasaan 'kill switch' untuk meningkatkan tahap keselamatan digital.
Dalam pada itu Gobind berkata pelaksanaan Akta 709 akan diselaras dan dikuatkuasakan sepenuhnya oleh Kementerian Digital manakala akta yang bakal diwujudkan pula merentasi kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Dalam Negeri.
Pindaan Akta 709 katanya bukan sahaja memberikan kemudahan malah ia dilihat berpotensi untuk meningkatkan taraf perniagaan serta kehidupan seharian rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024
Gobind berkata ini kerana kedua-dua akta berkenaan sama sekali berbeza dari sudut teknikal dan pelaksanaan perundangan. - Foto fail/BERNAMA
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.
Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian
Pindaan Akta 709 tidak mempengaruhi satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti pemipuan dalam talian.
Maybank perkenal ciri nyahaktif segera, tangani penipuan dalam talian
Kemudahan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Maybank bagi meningkatkan keselamatan serta menangani penipuan dalam talian.