SANDAKAN: Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan di sini pada Ahad memberitahu kehadiran pasukan di tiga kawasan lapisan berpadu merangkumi daratan, lautan serta udara itu, satu strategi cegah rintang berpadu bagi melindungi kepentingan negara daripada sebarang ancaman anasir luar.
"Perkara ini selaras dengan Tonggak Pertama Strategi Pertahanan Negara dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP) 2020-2030," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama delegasi Kementerian Pertahanan mengadakan lawatan kerja ke kawasan tanggungjawab (KTJ) Operasi Padanan dan Sipadan Island Resort (Op PASIR) Sektor Bravo di Pulau Berhala di sini pada Ahad.
Mohamed Khaled menerima taklimat daripada Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) Brig Jen Wan Edenin Wan Mahsin mengenai tahap pengoperasian Op PASIR yang dilaksanakan sejak 2002 bagi melindungi kedaulatan dan keutuhan Timur Sabah daripada sebarang bentuk ancaman pencerobohan serta konflik.
"Mohamed Khaled juga meninjau kesiagaan pasukan ATM di sekitar kawasan operasi termasuk bertemu pegawai dan anggota yang ditempatkan di sekitar Sandakan," menurut kenyataan itu.
Beliau turut menyerahkan sumbangan kepada Wan Edenin iaitu pembelian peralatan sukan dan rekreasi bernilai RM10,000 daripada Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) bagi kegunaan anggota beroperasi dalam Op PASIR.
Kenyataan itu menjelaskan sumbangan berkenaan sebagai menzahirkan keprihatinan Kementerian Pertahanan dan kerajaan dalam menjaga kebajikan serta moral anggota ATM yang melaksanakan operasi berada pada tahap yang tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024

Kehadiran pasukan di tiga kawasan lapisan berpadu merangkumi daratan, lautan serta udara itu, satu strategi cegah rintang berpadu bagi melindungi kepentingan negara daripada sebarang ancaman anasir luar. - Foto BERNAMA

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.

Kerajaan terus bela nasib veteran ATM - Adly
Kerajaan terus membela nasib veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang hilang upaya akibat kecederaan semasa bertugas bagi memastikan nasib anak-anak mereka tidak terabai.

ATM tahan warga asing bersama tiga bungkus air ketum di sempadan Malaysia-Thailand
Suspek yang ditahan tidak membawa pengenalan diri namun mengakui warganegara Malaysia.

Kebajikan, pendidikan anak veteran tentera akan terus terbela - Adly
Kerajaan memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga.

ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).

Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.

RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.

ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
![[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan [KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732595776_AnggotaTenteraDara.jpg)
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.

Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ