ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Jun 2024.


1. Jokowi yakin pejabat presiden baharu di Nusantara siap Julai

Presiden Joko Widodo, yang juga dikenali sebagai Jokowi, menyatakan keyakinannya untuk memulakan kerja di pejabat baharu di Nusantara, Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur pada Julai.



2. Kedutaan AS di Lubnan diserang, suspek cedera ditembak

Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Lubnan pada Rabu.


3. AS tidak akan hantar penasihat tentera, tentera ke Ukraine - White House

Amerika Syarikat (AS) tidak akan menghantar tentera, penasihat tentera atau jurulatih ke Ukraine, kata Penasihat Keselamatan Kebangsaan White House Jake Sullivan kepada wartawan, lapor Sputnik.


4. Bekas kakitangan Google, OpenAI ingin perlindungan jika beri amaran bahaya AI

SERAMAI 13 kakitangan dan bekas kakitangan Google Deepmind, OpenAI dan Anthropic menulis surat terbuka memohon perlindungan daripada pihak berkuasa sekiranya memberikan amaran mengenai bahaya AI yang dibangunkan oleh bekas majikan mereka.


5. Thailand umumkan langkah baharu tarik pekerja mahir

Thailand mengumumkan langkah-langkah baharu pada Selasa yang bertujuan untuk memperkuatkan daya saing dan menarik pekerja asing berkemahiran tinggi sebagai sebahagian daripada peralihan kepada ekonomi baharu.


6. Lebih 2,000 wartawan terbunuh dalam 20 tahun: Kumpulan pemantau media

Lebih 2,000 wartawan terbunuh di seluruh dunia dengan purata 100 orang setiap tahun dalam tempoh dua dekad, kata Press Emblem Campaign (PEC) pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA).


7. Kiraan undi di India tunjukkan parti Modi gagal peroleh majoriti mudah

Pengiraan undi pada lewat Selasa menunjukkan parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi gagal mencapai majoriti mudah dalam Pilihan Raya Peringkat Kebangsaan.


8. PBB zahirkan kebimbangan mendalam terhadap krisis kemanusiaan yang memuncak di Gaza

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melahirkan rasa kecewa dan keprihatinan mendalam terhadap krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza.


9. Ketua Pihak Berkuasa ibu kota baharu Indonesia letak jawatan, cetus tanda tanya

PERKEMBANGAN projek pembangunan ibu kota negara (IKN) baharu Indonesia menerima tamparan baharu apabila Ketua Pihak Berkuasa IKN Nusantara, Bambang Susantono mengambil keputusan untuk mengundur diri dari jawatannya.


10. Penuntut Malaysia di Jepun perlu tanam minat jadi pemimpin, bantu pembangunan negara - Johari

Belia Malaysia yang melanjutkan pengajian di Jepun perlu menanam semangat untuk kembali ke tanah air dan menjadi pemimpin baharu yang mampu membawa perubahan kepada negara.