'KEGILAAN' pengguna MRT terus menjadi-jadi.
Pendedahan Astro AWANI tentang tingkah laku kurang adab pengguna pengangkutan awam yang baru dua minggu beroperasi itu, nampaknya masih tidak berjaya memberi kesedaran kepada mereka untuk menghargai kemudahan yang diberikan.
Dalam beberapa kemas kini di akaun Facebook, RapidKL memuat naik beberapa keping gambar tingkah laku kurang sopan pengguna, yang diharapkan akan memberi kesan sekaligus mengubah tabiat buruk itu.
Kemas kini paling terbaharu menunjukkan seorang penumpang yang memanjat tiang pemegang di dalam tren.
Disertakan bersama gambar itu adalah kapsyen yang berbunyi "Memandangkan tiada penggambaran filem Marvel di dalam tren, kami yakin ini adalah kanak-kanak yang terpisah dari ibu bapa. PM kami jika ini anak anda".
Bagaimanapun, aksi yang dirakamkan itu bukanlah dilakukan oleh kanak-kanak. Sebaliknya, ia dilakukan seorang lelaki dewasa yang tanpa rasa bersalah menjadikan tiang dan ssebagai tempat bergayut.
Di ruangan komen, RapidKL menerima pujian daripada majoriti pengguna yang menyifatkan tindakan memuat naik gambar kesalahan ke laman sosial sebagai satu usaha yang baik untuk mengubah mentaliti masyarakat.
Membalas komen positif pengguna, RapidKL memberitahu, pihak mereka akan terus melakukannya "sehingga ke titisan darah terakhir".
Madiha Abdullah
Sun Jul 30 2017

Seorang penumpang dewasa dilihat memanjat tiang di dalam tren MRT. - FOTO/Facebook RapidKL

Spesies tuntung sungai terancam ditemui di Sungai Kuantan
Penemuan itu penting kerana tuntung sungai yang sebelum ini tidak ditemui di Pahang telah dikenal pasti populasi baharunya di Sungai Kuantan.

Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor: Ahmad Zahid, Fahmi rafak sembah ucapan tahniah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini.

Pang Ron-Su Yin perlu lebih garang - Peng Soon
Pasangan beregu campuran meningkat naik negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin perlu memiliki karakter berani dan bermain lebih garang seandainya mahu melangkah lebih jauh pada masa depan.

Bunyi bising, rupanya anak terbabit kemalangan maut
Arwah yang merancang bertunang tahun ini, disifatkan sebagai anak yang bertanggungjawab dan ringan tangan membantu adik-adiknya.

Isu kuil: Polis cekup individu ugut bunuh Firdaus Wong
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, suspek yang merupakan individu tempatan itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Raja Jordan titah tindakan segera henti serangan Israel ke atas Gaza
Raja Jordan Raja Abdullah II bertitah terdapat keperluan mendesak untuk tindakan segera pihak antarabangsa bagi menghentikan serangan berterusan Israel ke atas Gaza.

MAIWP peruntuk RM1.6 juta, bantu 5,427 mahasiswa pulang beraya
Bantuan meliputi tiket bas, tiket kapal terbang, dan wang saku untuk memastikan pelajar dapat menyambut hari raya bersama keluarga tanpa terbeban dengan kos perjalanan.

Objek ditemui di Pantai Seberang Takir bukan torpedo, tapi alat marin RM1 juta - Polis
Polis mengesahkan penemuan objek besi berbentuk seumpama torpedo di Pantai Seberang Takir, di sini bukan bom sebenar.

Pusat Pemborong Nilai 3 'hidup' kembali, ramai datang beli persiapan Aidilfitri
Peniaga mengakui jumlah pelanggan dan pendapatan meningkat sepanjang Ramadan.

Lima minggu dirawat, Paus Francis dibenar keluar hospital
Paus Francis akan dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad selepas lebih lima minggu menerima rawatan, menurut doktor.

Jaga adab, akhlak ketika bahas isu terkait RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024
Perdebatan mengenai rang undang-undang itu mula menampakkan reaksi berlebihan sehingga terkeluar daripada lingkungan yang sepatutnya.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

Jangan main rampas, minta barang dari tangan anak perlu ada adabnya!
Minta dengan cara berhemah dan lembut, barulah anak pun ikhlas memberi. Ikuti tip yang dikongsikan oleh Teacher Nizam.

Pindaan Peraturan Mesyuarat pastikan prosiding Dewan Rakyat berjalan lancar
Ahli Parlimen perlu sentiasa menjaga adab, perkataan serta tingkah laku semasa mengeluarkan hujah dalam berbahas atau beri pandangan.

Kempen ponteng sekolah bertentangan dengan adab pendidikan - MBM
Tindakan meminta pelajar untuk tidak hadir ke sekolah menerusi kempen '#MakeSchoolASaferPlace', bertentangan dengan adab pendidikan.

'Jangan jadikan Dewan Negeri seperti sarkas' - Sultan Ibrahim
'Saya tidak mahu dewan ini dijadikan seperti sarkas,' titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Jangan emosi, pilihlah pemimpin yang tidak merosakkan akidah - Mufti Pahang
Mufti Pahang berpesan kepada pengundi supaya tidak telalu mengikut emosi sehingga menjadi mangsa provokasi pada PRU14.

Komuniti tidak bertanggungjawab lahirkan budaya tak ada adab - Ibrahim Bajunid
Komuniti penduduk setempat tidak kira sama ada di daerah kampung, perumahan setinggan mahupun di pangsapuri, mereka perlu ada tanggungjawab bersama.

'Anak siapa yang panjat tiang dalam tren MRT ni?'
RapidKL memuat naik beberapa keping gambar tingkah laku kurang sopan pengguna, yang diharapkan akan memberi kesan sekaligus mengubah tabiat buruk itu.

Viral gantung buaian dalam MRT, ini adab naiki pengangkutan awam jika tak tahu
Ini panduan untuk rakyat Malaysia singkirkan pemikiran 'apa aku peduli' ketika menggunakan pengangkutan awam.