Tahukah anda, setiap 24 jam, 3,287 orang di dunia dijual sebagai hamba.
Menyedari peri pentingnya isu itu diketengahkan terhadap masyarakat, pada Sabtu 19 Nov ini, anda boleh menyertai individu lain untuk turut sama-sama untuk menyuarakan pendirian mengenai isu 'perhambaan zaman moden' menerusi larian amal, 24 Hour Race Kuala Lumpur 2016.
Berikut adalah tiga perkara anda perlu tahu mengenai 24 Hour Race Kuala Lumpur 2016:
1. Bila acara 24 Hour Race dimulakan dan oleh siapa?
24 Hour Race mula dianjurkan pada 2010 di Hong Kong. Kini ia melibatkan negara-negara lain seperti Malaysia, Singapura dan Korea.
Tahun lalu sahaja, lebih 2,000 pelajar dari Hong Kong, Singapura dan Malaysia mengambil bahagian dalam 24 Hour Race di negara masing-masing dalam usaha untuk memerangi perhambaan moden.
Sejak 2010, 24 Hour Race melibatkan lebih 100,000 penyertaan di Hong Kong, Singapura dan Kuala Lumpur dan berjaya mengumpul dana lebih AS$550,000 melalui pelbagai majlis amal dan kempen kesedaran mengenai isu perhambaan moden.
2. Apakah matlamat utama 24 Hour Race?
Inisiatif 24 Hour Race telah dimulakan oleh sekumpulan belia secara global bertujuan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) anti-perhambaan di negara-negara seperti Nepal, Hong Kong, Kemboja, Singapura dan Malaysia.
Matlamat pergerakan berkenaan adalah untuk menghasilkan lebih ramai pemimpin untuk memacu di barisan hadapan bagi menentang perhambaan moden.
3. Bilakah larian 24 Hour Race akan diadakan di Kuala Lumpur?
24 Hour Race Kuala Lumpur 2016 bakal diadakan pada 19 Nov bermula 9 pagi dan akan berakhir 20 Nov, 9 pagi bertempat di IGB International School, Sierramas, Sungai Buloh.
24 Hour Race Kuala Lumpur 2016 bakal diadakan serentak di Hong Kong dan Singapura pada 19 Nov ini. Manakala, larian di Seoul, Korea telah berlangsung pada 12 September lalu di Cheonggye Plaza.
Mereka yang berminat untuk menyokong atau menderma untuk tujuan ini boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini.
Tan Su Lin
Thu Nov 17 2016

Inisiatif 24 Hour Race telah dimulakan oleh sekumpulan belia secara global bertujuan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) anti-perhambaan. - Foto Facebook 24 Hour Race

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

3 perkara anda perlu tahu tentang 24 Hour Race Kuala Lumpur 2016
Sabtu 19 November ini, anda boleh menyertai individu lain untuk sama-sama untuk menyuarakan pendirian mengenai isu 'perhambaan zaman moden' menerusi larian amal, 24 Hour Race Kuala Lumpur 2016.