X, DAHULUNYA dikenali sebagai Twitter, telah menyatakan hasrat mereka sebelum ini dalam terus memfokuskan kepada video melalui platform mereka.


Ringkasan AI
  • X akan memfokuskan kepada kandungan video dan bereksperimen dengan aplikasi untuk televisyen.
  • X akan memperkenalkan tab khusus untuk video, menawarkan pengalaman menatal seperti TikTok.
  • X akan memperkenalkan kandungan video asli menjelang Oktober, menunjukkan peralihan dari teks ke video.


Untuk tujuan berkenaan juga, X sedia bereksperimen dengan aplikasi khusus untuk televisyen.

Tidak setakat itu, kini X dilihat bakal memperkenalkan sebuah tab khusus untuk video pada platform mereka.

Dengan langkah ini, para pengguna boleh mengakses kepada kandungan video dalam platform tersebut, yang menawarkan antara muka dan pengalaman menatal tanpa henti seperti pada TikTok.

X juga dikatakan akan memperkenalkan sejumlah kandungan asli video melalui platform mereka menjelang bulan Oktober kelak.

Dengan perkembangan ini, mungkinkah kita akan mula melihat peralihan daripada laman sosial berasaskan teks kepada sebuah laman sosial memfokuskan video? -Amanz