MARK Zuckerberg hari ini berkongsi bahawa Threads terus memperlihatkan peningkatan pengguna aktif dari hari ke hari.

Threads mempunyai 175 juta pengguna aktif bulanan pada awal Julai 2024 lepas, kini melalui penyata kewangan terbaru, Zuckerberg menyatakan Threads menghampiri angka 200 juta pengguna aktif bulanan.

Threads telah dilancarkan pada tahun lepas dengan sasaran untuk menyaingi Twitter. Ia diperkenalkan dengan integrasi melalui Instagram, sekali gus mencapai angka pengguna yang tinggi dengan pantas pada hari pelancaran.

Namun, selepas itu, ia mengalami penurunan sedikit dari segi angka pengguna aktif.

Tetapi, dari hari ke hari, Threads mempunyai peminat dan komuniti tersendiri yang menggunakannya secara aktif.

Dengan menghampiri angka 200 juta pengguna aktif bulanan, ia sekali gus memperlihatkan Threads akan menjadi satu lagi aplikasi media sosial gergasi, dan semakin menghampiri angka pengguna aktif X atau Twitter yang diterajui Elon Musk.

Mungkinkah dalam tempoh setahun lagi kita akan melihat angka pengguna Threads mengatasi X sepenuhnya? - Amanz