Ringkasan AI
- X/Twitter diharamkan di Brazil pada akhir Ogos 2024 kerana gagal menghalang akaun yang menyebarkan fitnah dan tidak melantik wakil untuk kes mahkamah. Ini menyebabkan X kehilangan lebih 22 juta pengguna, menjejaskan pendapatan pengiklanan.
- Pada mulanya, Elon Musk enggan mengikuti arahan mahkamah Brazil atas alasan kebebasan bersuara. Namun, selepas akaun Starlink dibekukan, X akhirnya tunduk dengan melantik wakil dan membayar denda.
- Selepas pengharaman, lebih 2 juta akaun baharu dibuka di Bluesky oleh pengguna dari Brazil.
Akibatnya X kehilangan lebih 22 juta pengguna kerana ia pasaran keenam terbesar mereka, sekali gus menjejaskan pendapatan pengiklanan.
Walaupun pada awalnya Elon Musk enggan mengikuti arahan mahkamah Brazil kerana “kebebasan bersuara”, X akhirnya tunduk dengan melantik wakil dan membayar denda selepas akaun Starlink dibekukan.
X juga bersetuju menghalang akaun yang didakwa menyebarkan maklumat palsu di Brazil.
Tekanan yang diberikan nyata berkesan dan rungutan lebih 22 juta pengguna tidak dapat diendahkan.
Sejurus selepas diharamkan, lebih 2 juta akaun baharu di Bluesky dibuka oleh pengguna dari Brazil.
Di Malaysia, X dilapor sebagai media sosial yang paling enggan mengikuti arahan diberikan pihak berkuasa dengan Meta pula adalah sebaliknya. -Amanz