Ringkasan AI
- Masayoshi Son percaya bahawa model kecerdasan buatan akan mencapai tahap ASI (artificial super intelligence) menjelang tahun 2035.
- Pembangunan AI dijangka akan terus berkembang pesat dalam dekad-dekad akan datang.
- ASI akan membawa perubahan besar dalam pelbagai bidang dan industri.
Pencapaian ini dijangka membawa model kecerdasan buatan yang 10,000 kali ganda lebih pintar daripada manusia.
Walau bagaimanapun, bagi mencapai tahap berkenaan, dijangka memerlukan pelaburan beratus bilion ringgit untuk pembangunannya.
Selain itu, ia juga dijangka akan memerlukan modal dan perbelanjaan tinggi dalam arena pusat data dan juga pembangunan cip.
Masayoshi Son turut menekankan sedang mengumpulkan dana dalam membuat pelaburan seterusnya.
Buat masa ini, tidak dikongsikan arena mana yang akan menjadi fokus, tetapi dengan pelbagai perkongsian ini, tidak mustahil pelaburan lanjutan dilakukan pada kecerdasan buatan. -Amanz