KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan di pusingan pertama yang "membelenggu" beliau selepas hampir dua bulan, dengan kejayaan melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Australia.
Bagaimanapun, pemain nombor 17 dunia itu bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menundukkan rakan senegara dan nombor 51 dunia, Leong Jun Hao 12-21, 21-17, 21-16 selepas pertarungan 64 minit di State Sports Centre di Sydney hari ini.
Pada pusingan kedua esok, pemain berusia 25 tahun itu dijadualkan berhadapan Mithun Manjunath dari India yang mengejutkan bekas Juara Dunia dari Singapura, Loh Kean Yew 21-19, 21-19.
Ini kali pertama Zii Jia berjaya melepasi halangan pusingan pertama sejak tersingkir daripada pusingan kedua Masters Malaysia Mei lepas. Sejak itu, beliau tersingkir sebanyak empat kali seawal pusingan pertama berturut-turut di Terbuka Singapura, Terbuka Indonesia, Terbuka Korea dan Terbuka Jepun.
Pencapaian terbaik Zii Jia dalam Jelajah Dunia tahun ini ialah layak ke separuh akhir All England dan Terbuka Switzerland daripada 11 kejohanan yang beliau sertai.
Sementara itu, beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga melangkah ke pusingan kedua selepas menyingkirkan Lee Jae Sun dari Korea Selatan yang bergandingan dengan Charis Ho dari Australia 21-10, 21-4.
Pasangan kelapan pilihan kejohanan itu akan dicabar Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia bagi memburu slot ke suku akhir, esok.
Satu lagi beregu campuran Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing bakal menghadapi perlawanan mencabar menghadapi pilihan ketiga kejohanan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung dari Korea Selatan dalam pusingan kedua.
Beregu campuran nombor 37 dunia itu, mengejutkan pasangan Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han dari Singapura 21-15, 21-17.
Keputusan lain:
Beregu campuran:
[5] Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mn Lu Ming Che-Hung En Tzu (TPE) 21-12, 11-21, 21-13
Adnan Maulana-Nita Violina Marwah (INA) mn Chan Peng Soon-Cheah Yee See 21-16, 21-10
[2] Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping (CHN) mn Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 21-10, 14-21, 21-16
Beregu Lelaki:
Lee Yang-Wang Chi Lin (TPE) mn Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong 21-16, 16-21, 21-17
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023

Pada pusingan kedua esok, pemain berusia 25 tahun itu dijadualkan berhadapan Mithun Manjunath dari India yang mengejutkan bekas Juara Dunia dari Singapura, Loh Kean Yew 21-19, 21-19. - Gambar fail/Sinar Harian
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.