MELAKA: Seramai 39 atlet dan 12 jurulatih menerima insentif berjumlah RM334,350 daripada kerajaan negeri Melaka menerusi Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN) mengikut tahap pencapaian masing-masing dalam temasya sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Penerima tertinggi ialah pemain badminton wanita negara cacat pendengaran, Boon Wei Ying, yang menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 atas kejayaannya meraih satu emas, perak dan gangsa dalam acara perseorangan, beregu dan beregu campuran di temasya Deaflympics 2022 di Brazil.
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata kesemua penerima insentif itu merupakan pemenang pingat di Sukan SEA 2023 Kemboja, Sukan M alaysia (SUKMA) 2022, Sukan Para SUKMA 2022, temasya Sukan Deaflympics 2022 dan jurulatih SUKMA.
"Seramai 25 atlet Melaka mewakili negara ke Sukan SEA di Phnom Penh pada Mei lalu dan mempamerkan pencapaian agak memberangsangkan dengan merangkul empat pingat emas, lima perak dan empat gangsa.
"Selain itu, kita turut berbangga dengan kesungguhan atlet para yang meraih sembilan pingat emas, 19 perak dan 12 gangsa di temasya Para SUKMA 2022," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Insentif kepada Atlet Melaka di Ayer Keroh, yang disempurnakan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Mengulas lanjut, Shanmugam berkata kejayaan diraih itu juga membuktikan atlet kelahiran Melaka mempunyai potensi dan kualiti tersendiri bagi mengharumkan nama negeri dan negara.
Beliau berkata kerajaan negeri juga akan sentiasa menyokong usaha dan inisiatif untuk mengambil bahagian dan menganjurkan lebih banyak kejohanan di negeri berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri akan meneruskan persediaan bagi menghadapi SUKMA 2024 di Sarawak yang dikendalikan menerusi persatuan sukan masing-masing dengan mengadakan latihan sama ada dua kali seminggu atau sebulan.
"Kita juga sedang dalam proses untuk mencadangkan supaya program ibu bapa dan jabatan angkat bagi sukan-sukan itu diteruskan tidak hanya dilantik ketika dua bulan sebelum temasya Sukma berlangsung.
"Ini bagi membolehkan pihak syarikat swasta yang dilantik sebagai bapa angkat dapat membantu menampung sedikit elaun kepada jurulatih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2023
![Wei Ying terima insentif terbanyak dari kerajaan negeri Melaka Wei Ying terima insentif terbanyak dari kerajaan negeri Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686524161_TBABDULRAZAK.jpg)
Abdul Razak (empat, kiri) diiringi Shanmugam (tiga, kiri) menyampaikan insentif kepada atlet wushu negara Sydney Chin Sy Xuan (empat, kanan) pada Majlis Penyerahan Insentif kepada Atlet Melaka di Ayer Keroh semalam. --fotoBERNAMA
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Wei Ying terima insentif terbanyak dari kerajaan negeri Melaka Wei Ying terima insentif terbanyak dari kerajaan negeri Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686524161_TBABDULRAZAK.jpg)
Wei Ying terima insentif terbanyak dari kerajaan negeri Melaka
Boon Wei Ying menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 atas kejayaannya meraih satu emas, perak dan gangsa di temasya Deaflympics 2022 di Brazil.
![MSDeaf harap atlet pekak dapat 'layanan' sama rata - Presiden MSDeaf harap atlet pekak dapat 'layanan' sama rata - Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658697506_MSDeaf.jpg)
MSDeaf harap atlet pekak dapat 'layanan' sama rata - Presiden
Pencapaian Boon Wei Ying dan Foo Zu Tung harus diraikan dan diiktiraf dengan cara yang sama seperti atlet normal dan para negara.