KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun perlu fokus terhadap misi merebut tempat dalam skuad Piala Thomas 2024 selepas tidak disenaraikan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Shah Alam, minggu lalu.
Jurulatih negara, Tan Bin Shen berkata beregu ranking ke-18 dunia itu berpotensi diturunkan sebagai pasangan kedua negara dalam Piala Thomas 2024 di Chengdu, China dari 28 April-5 Mei ini, sekiranya dapat membuktikan kebolehan dalam kejohanan yang disertai mereka selepas ini.
"Latihan mereka perlahan-lahan semakin baik, saya harap mereka dapat mengatasi tekanan serta rasa tidak yakin di gelanggang. Mereka perlu membuktikan kebolehan dalam kejohanan kerana kami memerlukan pasangan kedua yang kuat dalam saingan Piala Thomas.
"Selepas beberapa kali berbincang dengan mereka, saya nampak Wei Chong-Kai Wun faham yang mereka perlu keluar daripada berada di takuk lama," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, hari ini.
Wei Chong-Kai Wun beraksi hambar pada permulaan musim ini selepas tersingkir awal dalam kesemua tiga kejohanan disertai termasuk tumpas pada pusingan kedua Masters Indonesia 2024 kepada wakil tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, 18-21, 20-22, bulan lepas.
Gandingan juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijangka dipertaruhkan sebagai beregu utama negara, manakala Wei Chong-Kai Wun akan bersaing dengan pasangan profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (ranking ke-12); Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (ranking ke-19) dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri (ranking ke-39) bagi merebut tempat ke Piala Thomas 2024.
Wei Chong-Kai Wun akan membuat perhitungan dengan pasangan Kanada, Kevin Lee-Ty Alexander Lindemann pada pusingan pertama Terbuka Perancis 2024 manakala lawan dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito menanti mereka pada pusingan pembukaan All England 2024.
Dalam perkembangan lain, Bin Shen berkata walaupun tidak menetapkan sebarang sasaran spesifik buat Aaron-Wooi Yik pada Terbuka Perancis 2024 dan All England 2024, namun pihaknya sedang berusaha bagi membantu pasangan nombor satu negara itu mencapai kemuncak prestasi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris pada 26 Julai-11 Ogos ini.
Aaron-Wooi Yik akan membuka tirai kempen Terbuka Perancis 2024 menentang Mark Lamsfuss-Marvin Seidel dari Jerman dan bakal membuat perhitungan dengan Sze Fei-Nur Izzuddin pada pusingan pertama All England 2024.
Terbuka Perancis 2024 di Paris akan bermula 5-10 Mac ini manakala kejohanan All England 2024 di Birmingham pada 12 hingga17 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024

Tan Bin Shen berkata beregu ranking ke-18 dunia itu berpotensi diturunkan sebagai pasangan kedua negara dalam Piala Thomas 2024 di Chengdu, China dari 28 April-5 Mei ini. - Gambar Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Masters Indonesia: Man Wei Chong-Tee Kai Wun ikrar terus perbaiki kelemahan
Wei Chong sebaliknya memilih untuk tidak terleka dengan kejayaan sulung mereka dalam kejohanan bertaraf super 500 semalam.

Wei Chong-Kai Wun juara Masters Indonesia
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan tuan rumah Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk merangkul gelaran juara Masters Indonesia.

Pearly-Thinaah naib juara Masters Indonesia
Pasangan ketujuh dunia itu terpaksa akur apabila tewas dalam aksi tiga set 12-21, 21-17, 18-21 dalam tempoh 74 minit kepada Hee Yong-Hye Jeon.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah mara ke final
Pearly Tan-M Thinaah mara ke final Kejohanan Badminton Masters Indonesia selepas melakar kemenangan ke atas wakil Korea Selatan.

Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.

Masters Indonesia: Pilihan kedua, Pearly Tan-M Thinaah bawa cabaran Malaysia ke separuh akhir
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, membawa cabaran ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia.

Masters Indonesia: Juara Terbuka Malaysia hantar Tang Jie-Ee Wei pulang
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kecundang di tangan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam aksi rubber set di Kejohanan Badminton Masters Indonesia.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir
Pasangan ranking ketujuh dunia itu hanya memerlukan 34 minit untuk meraih kemenangan straight set 21-19, 21-16.

Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.

Wei Chong-Kai Wun perlu fokus rebut slot ke Piala Thomas 2024
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun perlu fokus terhadap misi merebut tempat dalam skuad Piala Thomas 2024 selepas tidak disenaraikan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.