KUALA LUMPUR: Jaguh larian menara negara Soh Wai Ching ternyata sukar digugat selepas mendominasi kategori lelaki terbuka Larian Menara Naza 2024 di sini hari ini.
Pelari menara nombor satu dunia itu jelas berada dalam kelas tersendiri sejak di awal saingan sebelum berjaya menawan menara setinggi 49 tingkat itu dengan masa terpantas lima minit dan 16 saat (s).
Wai Ching meninggalkan pencabar terdekat Muhammad Hazim Zuhairi Azahari yang meraih tempat kedua dengan 6:02s manakala Wong Chin Chun di tempat ketiga menerusi catatan 6:45s pada edisi sulung perlumbaan tersebut.
"Walaupun kali pertama dianjurkan perlumbaan di sini, ia berlangsung dengan baik dari segi keadaan tangga, mempunyai kedua-dua pemegang kiri dan kanan serta berhawa dingin. Ia akan memberi galakan buat pelari untuk menyertai perlumbaan ini pada edisi akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pelari berusia 29 tahun itu berkata kejayaan diraih hari ini merupakan kemenangan kesebelas tahun ini dan beliau bakal menyertai saingan di Poland dan Jerman minggu depan sebagai usaha memburu 30 gelaran sepanjang 2024.
Bagi kategori terbuka wanita, wakil dari Singapura Serene Cheong muncul juara dengan merekodkan masa 7:16s bagi menafikan kemaraan dua pelari tempatan Michele Tan (7:42s) dan Teo Sze Hui (8:04s), masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Perlumbaan tersebut berjaya menarik penyertaan 200 peserta termasuk wakil dari 15 negara antaranya Singapura, Austria, Kenya, Switzerland, Pakistan, Nepal dan Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024

Wai Ching (kanan) jelas berada dalam kelas tersendiri sejak di awal saingan sebelum berjaya menawan menara setinggi 49 tingkat berkenaan. - Facebook Soh Wai Ching Towerrunner

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Wai Ching takluk Menara Naza
Pelari menara nombor satu dunia itu jelas berada dalam kelas tersendiri sejak di awal saingan sebelum berjaya menawan menara setinggi 49 tingkat berkenaan.

Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.

Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.

Wai Ching mulakan lembaran 2024 penuh bergaya, pecah rekod di China
Wai Ching menamatkan larian mendaki 2,121 anak tangga bagi menawan menara setinggi 81 tingkat dengan rekod baharu iaitu 12 minit dan 17 saat.

Wai Ching berjaya takluk Menara Canton di Guangzhou
Pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara dalam masa 14 minit 23 saat.

Wai Ching tamatkan cabaran Guinness World Records
Soh Wai Ching berjaya menamatkan cabaran 'Jarak Simulasi Paling Jauh Mendaki Di Atas Mesin Tangga Dalam Satu Jam (Lelaki)' dengan jarak 1.649 kilometer (km).

Larian menara: Soh Wai Ching sasar gelaran kedua di Amerika Syarikat
Hujung minggu lalu, Wai Ching menjuarai acara larian Tunnel to Towers Climb New York City di One World Trade Center.

Soh Wai Ching bangga menang 10 daripada 13 perlumbaan sepanjang 2021
Antara kejohanan kegemarannya sepanjang 2021 adalah perlumbaan di Abu Dhabi dan New York.

Soh disahkan sebagai pemegang rekod pelari menara 'Guinness World Record'
Soh Wai Ching disahkan sebagai pemegang 'Guinness World Record' untuk cabaran pendakian tangga menegak dalam tempoh satu jam (Lelaki).

Soh Wai Ching pecah rekod dunia selepas daki tangga 1.295 kilometer dalam sejam
Soh Wai Ching berjaya mengatasi rekod Guinness World Records selepas selesai melakukan cabaran pendakian tangga dalam masa satu jam.