KUALA LUMPUR:Pelari menara nombor satu Malaysia, Soh Wai Ching disahkan sebagai pemegang 'Guinness World Record' untuk cabaran pendakian tangga menegak dalam tempoh satu jam (Lelaki) dengan jarak 1.295 km yang baharu.
Soh menerima pengesahan itu daripada pengadil Guinness World Record Swapnil Dangarikar dari India, dalam tempoh 48 jam seperti yang dijanjikan, diikuti dengan pengesahan bertulis dari Ibu Pejabat Guinness World Records di London.
"Mencapai rekod dunia ini memang menjadi mana-mana atlet, begitu juga dengan saya dan Persatuan Larian Menara Malaysia. Saya berharap dengan kejayaan ini, ia dapat memberi inspirasi kepada semua untuk mencapai sesuatu yang hebat, menjadi kreatif, berfikir di luar kotak, walaupun ketika penularan pandemik COVID-19," kata Soh, yang juga presiden Persatuan Larian Menara Malaysia.
Pada Rabu lepas, bertempat di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur, Soh berjaya mengatasi rekod dunia semasa iaitu 1.227km dalam tempoh sejam yang dipegang oleh David Robles Tapia dari Sepanyol.
Menurut Naib Presiden Persatuan Larian Menara Malaysia Ravinder Singh dalam kenyataan hari ini, penyampaian sijil rasmi secara maya dijadualkan berlangsung di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), tidak lama lagi.
BACA: Soh Wai Ching pecah rekod dunia selepas daki tangga 1.295 kilometer dalam sejam
BACA: Pelari menara nombor 1 Asia, Soh Wai Ching sasar rekod dunia
Ravinder turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan Hotel Four Seasons Kuala Lumpur yang telah memberi bantuan logistik semasa 12 sesi latihan yang diadakan selama sebulan di situ.
"Walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kami menghargai sumbangan penaja utama iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Allianz, KBS, US Potatoes, Institut Sukan Negara (ISN) dan Yakult. Kami juga ingin mengucapkan penghargaan khusus kepada TNB dan Allianz yang menambah penajaan mereka pada saat akhir semasa timbul perbelanjaan tambahan di luar jangka.
"Dalam menyahut cabaran ini, kami menghadapi banyak rintangan, tetapi kami tetap positif dengan memberi tumpuan penuh kepada usa mencari penyelesaian, satu demi satu. Perjalanan ini menyediakan kita untuk menghadapi cabaran yang lebih besar," kata Ravinder.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 21 2020

Soh Wai Ching disahkan sebagai pemegang 'Guinness World Record' untuk cabaran pendakian tangga menegak dalam tempoh satu jam (Lelaki). - Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

MBPJ terus taja Wai Ching, promosi Petaling Jaya di pentas dunia
Tajaan RM75,000 membolehkan Wai Ching teruskan penyertaan di peringkat antarabangsa dan capai misi merampas semula ranking nombor satu dunia.

Wai Ching masih "dihantui" kegagalan di Shanghai, sekadar di tempat kedua larian Menara KL 2024
Soh Wai Ching masih belum dapat melupakan kegagalan di Shanghai selepas sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada Cabaran Towerthon Antarabangsa Menara Kuala Lumpur (KL) 2024.

Wai Ching pertahan kejuaraan Larian Menara MBPJ 2024, cipta rekod baharu
Jaguh larian menara negara Soh Wai Ching sukar digugat selepas mempertahankan gelaran kategori lelaki terbuka Larian Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2024 di sini, hari ini.

Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.

Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.

Wai Ching mahu pertahankan ranking dunia untuk 10 tahun lagi
Wai Ching berazam menyertai lebih banyak kejohanan yang menawarkan kutipan mata tinggi selain berusaha memecahkan rekod.

Wai Ching pertahan juara Scale the Strat 2024
Wai Ching turut memperbaharui rekod yang dicatatnya pada tahun lepas 3 saat lebih pantas berbanding tahun lalu.

Wai Ching berjaya takluk Menara Canton di Guangzhou
Pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara dalam masa 14 minit 23 saat.

Wai Ching tawan Berjaya Times Square
Pelari nombor satu dunia itu melakukan larian 47 tingkat melibatkan 1,061 anak tangga dalam masa lima minit enam saat (s) untuk memegang gelaran pertama perlumbaan berprestij itu.

Wai Ching di tempat kedua Australia 108 Stair Challenge 2023
Ini adalah kekalahan pertama bagi atlet berusia 29 tahun itu selepas mencatatkan kemenangan 21 kali berturut-turut dalam pertandingan larian menara.