PUTRAJAYA: Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) akan menjadi hala tuju dan perancangan baharu pembangunan sukan negara yang dipetakan secara komprehensif, bersepadu dan kolektif bagi tempoh 10 tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata VSN2030 akan memberikan nafas baharu buat arena sukan negara dengan konsep 'Daripada Komuniti Kepada Komuniti' melibatkan seluruh Keluarga Malaysia bagi merencana strategi sukan negara untuk 10 tahun ke hadapan.
"Ia juga meneruskan legasi sukan sebagai alat perpaduan yang ampuh dalam masyarakat serta melahirkan jaguh-jaguh berkelas dunia dan akan menjadi dokumen rasmi kerajaan dalam pembangunan sukan tanah air," katanya ketika melancarkan VSN2030 sempena Hari Sukan Negara Tahun 2022 (HSN2022) di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata VSN2030 merupakan sebuah dokumen dasar yang berkonsepkan pendemokrasian sukan dengan keterbukaan untuk menerima pandangan dan suara semua pihak.
"Dokumen ini akan sentiasa diteliti dari semasa ke semasa bagi memastikan ia kekal relevan dalam memacu industri sukan Malaysia untuk terus gemilang sehingga tahun 2030," katanya.
Ismail Sabri dalam pada itu turut meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berusaha meningkatkan lagi pembudayaan dan pencapaian sukan melalui beberapa usaha proaktif.
Antaranya adalah dengan menawarkan biasiswa dan peluang melanjutkan pelajaran kepada atlet-atlet yang cemerlang dan berjaya memenangi pingat bermula dari peringkat temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan kejohanan peringkat antarabangsa yang diiktiraf oleh kerajaan.
Bekas atlet yang berkemahiran pula dipertimbangkan sebagai Jurulatih Pendidikan Jasmani dan dilibatkan dalam inisiatif pencarian bakat sukan di peringkat akar umbi melalui program My Talent Identification (MyTID), katanya.
"Menaik taraf fasiliti-fasiliti sukan bagi meningkatkan akses kepada kemudahan sukan dan secara tidak langsung meningkatkan penglibatan Keluarga Malaysia untuk bergiat aktif dalam aktiviti bersukan," katanya.
Ismail Sabri berkata semakan dan pewartaan semula Jadual Pertama di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997, iaitu jenis-jenis sukan yang tersenarai akan ditingkatkan dan sukan elektronik juga akan turut disenaraikan.
Ismail Sabri berkata kerajaan sentiasa komited membangunkan industri sukan menerusi pelbagai pakej bantuan prihatin agar pemain industri dalam bidang sukan dapat terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Mengenai HSN2022, beliau berkata program itu menyasarkan penglibatan seramai 4.5 juta Keluarga Malaysia dalam aktiviti sukan yang dianjurkan, dengan pelaksanaannya adalah secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi.
HSN2022 juga dilaksanakan dengan kerjasama strategik pemegang taruh dan rentas kementerian serta agensi bagi menganjurkan aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan, serta melibatkan golongan profesional, pempengaruh sosial, pemain industri sukan, atlet dan ikon sukan untuk menarik penglibatan rakyat dalam aktivti yang dianjurkan.
Menurutnya, HSN pada tahun lepas melibatkan lebih 2.6 juta peserta, dan ia merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan meskipun negara masih berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19.
Ismail Sabri berkata HSN telah meletakkan aktiviti sukan dan riadah sebagai satu medium bagi menerapkan gaya hidup aktif dan cergas sepanjang hayat dalam kalangan Keluarga Malaysia seperti yang dihasratkan dalam Dasar Sukan Negara.
"Marilah kita bersama-sama menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan dengan sasaran sekurang-kurangnya dua per tiga rakyat Malaysia bersenam dan aktif bersukan sekurangnya lima sesi seminggu dan 30 minit setiap sesi," katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022 sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang merupakan sebuah ekspo sukan merangkumi pelbagai acara sukan dalam satu masa dan tempat.
Beliau berkata ekspo berkenaan menjadi satu daripada platform utama untuk menonjolkan potensi, impak besar dan sumbangan industri sukan terhadap pembangunan ekonomi dan pendapatan negara.
"Segala komitmen kerajaan ini menandakan keprihatinan yang tinggi dalam membantu pemain industri sukan menjana ekonomi negara melalui pengoperasian, sokongan dana, penganjuran program di peringkat domestik dan antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022
Ismail Sabri bergambar bersama peserta cilik pada Program Hari Sukan Negara 2022 di pekarangan Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.