Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Rengit Rangers Sepak Takraw Club akan bekerjasama dalam mengaplikasikan program perkongsian maklumat menerusi Pembangunan Sepak Takraw Rengit -UTHM bagi merancakkan program pembangunan peringkat akar umbi.
Sebanyak 10 pasukan yang melibatkan 50 pemain dan 10 pegawai sekitar Rengit telah berjaya dikumpulkan sempena penganjuran Rengit Rangers Sepak Takraw Battle 2018 ini.
Menurut Presiden Kelab dan juga Penolong Pegawai Belia dan Sukan Pusat Sukan UTHM, Mohd Hazrin Abd Rahman, Rengit Rangers Sepak Takraw Club adalah kesinambungan dan penjenamaan semula Kelab Sepak Takraw Putra Rengit yang kini mempunyai keahlian seramai 52 orang ahli.
"Ia merupakan kali pertama transformasi dibuat ke atas logo rasmi dan penganjuran aktiviti kelab. Transformasi ini dilakukan seiring dengan tuntutan semasa dan mengambil kira kepada penambahbaikan kelab.
"Menerusi penjenamaan ini kelab dengan kerjasama UTHM akan berganding bahu memperkasakan program pembangunan sepak takraw lelaki dan wanita merangkumi pelbagai peringkat umur iaitu remaja, belia dan veteran sejajar dengan hasrat universiti bagi menjalinkan kerjasama erat dengan masyarakat selain menyediakan platform perkongsian pintar melalui kepakaran, fasiliti, kepakaran serta khidmat sukarelawan," katanya.
Rengit Rangers Sepak Takraw Club ditubuhkan baru-baru ini melancarkan logo rasminya bagi memberikan imej yang lebih segar kepada kelab tersebut.
Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Ayub Jamil selaku Presiden Persekutuan Sepak Takraw Daerah Batu Pahat di Dewan Seri Warisan, Kampung Belahan Tampok, Rengit pada 27 Januari lalu.
Dalam majlis tersebut Ayub turut merasmikan Rengit Rangers Sepak Takraw Battle 2018 dan bersetuju membiayai sepenuhnya aktiviti kelab ini antaranya penganjuran kejohanan sepak takraw sebanyak dua kali sebulan dengan peruntukan sebanyak RM5,000.00.
_________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Mohd Zulfadli Rozali dan Anbia Adam dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) suntingan Suriayati Baharom
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkogsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
***Awani Rangers UTHM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro Awani dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM).
Awani Rangers UTHM
Thu Feb 08 2018

Program ini adalah kesinambungan dan penjenamaan semula Kelab Sepak Takraw Putra Rengit sebelum ini dan kini mempunyai keahlian seramai 52 orang ahli - Foto AWANI Rangers UTHM

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

UTHM galak penglibatan pelajar pasca siswazah sertai MPP
Penyertaan ini bakal memberikan impak positif kepada kepimpinan pelajar di UTHM.

'Misi balas dendam' Polis Batu Pahat
Kegagalan lampau langsung tidak melemahkan semangat pasukan bola jaring IPD Batu Pahat.

#AWANIrangers: Aksi tiga beradik di final Liga Bola Sepak Sri Gading jadi tumpuan
Di sebalik kemenangan ini, pasukan Tongkang Armada FC ini telah membariskan tiga beradik dan dua daripadanya adalah pelajar UTHM

#AWANIrangers: Mahu maju beradab cara Jepun
Malaysia juga mampu menjadi hebat seperti negara Jepun bukan sahaja dari segi teknologi, tapi juga dari segi budaya dan peradaban yang tinggi.

UTHM bekerjasama bantu pembangunan sukan sepak takraw
Knowledge Transfer Programme dalam Program Pembangunan Sepak Takraw Rengit -UTHM untuk merancakkan pembangunan peringkat akar umbi

Bukan saja ijazah kejuruteraan, tetapi juga lesen juruterbang!
Graduan UTHM antara yang paling laris kerana program yang digariskan menepati kehendak industri penerbangan semasa