Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia mempertimbang untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya mendapat permintaan daripada peminat bola sepak tanah air.
Namun buat masa ini, beliau mahu memberi tumpuan membantu Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) yang baharu Datuk Ismail Karim dalam membangunkan bola sepak negeri ini.
Menurut Tunku Ismail, tindakannya meletak jawatan sebagai Presiden PBNJ sebelum ini sebenarnya adalah untuk menunjukkan kepada seluruh negara bahawa beliau ikhlas memajukan bola sepak negeri ini tanpa perlu menjadi presiden persatuan itu.
Tunku Ismail turut menafikan peletakan jawatannya sebagai Presiden PBNJ pada 12 Julai lalu adalah sebagai langkah awal mahu menjadi Presiden FAM.
Bercakap pada pertemuan dengan penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini, Tunku Ismail menegaskan beliau tidak berminat mengambil alih jawatan tertinggi tersebut daripada Tunku Abdullah Sultan Ahmad Shah, sebaliknya mahu menumpukan tugas sebagai Penaung Diraja PBNJ.
"Baru-baru ini ada pihak yang mengatakan yang saya letak jawatan sebab ada angan-angan mahu jadi Presiden FAM. Dah banyak kali saya cakap, saya tidak mahu jadi Presiden FAM," kata Tunku Ismail sambil mendedahkan ada pihak di kalangan anggota FAM yang memujuknya mengambil alih jawatan itu.
Menurut beliau, pelantikan sebagai Penaung Diraja PBNJ adalah atas cadangan dan perkenan ayahandanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
"Sebelum ini Almarhum Sultan Iskandar merupakan Penaung Diraja dan kemudian diambil alih Sultan Ibrahim.
"Namun, sejak saya tidak lagi menjadi Presiden PBNJ, maka Tuanku (Sultan Ibrahim) merasakan lebih baik sekiranya saya yang menjadi Penaung Diraja kerana saya mempunyai pengetahuan dalam bola sepak," katanya.
Tunku Ismail berkata buat masa ini beliau ingin menumpukan kepada pembangunan bola sepak negeri ini seperti yang sudah dirancang termasuk pembinaan stadium bola sepak baharu di Nusajaya dan sebuah akademi bola sepak di Kulaijaya.
Sementara itu, Tunku Ismail berkata penyerang import JDT Jorge Pereyra Diaz tidak akan beraksi pada perlawanan suku akhir Piala AFC menentang South China pada 25 Ogos ini.
Diaz, 25, bagaimanapun akan kembali menyertai JDT pada November depan bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
Tunku Mahkota Johor itu berkata Diaz kini beraksi bersama kelab Atletico Independiente di Liga Primera Argentina secara pinjaman dan kekosongannya akan digantikan pemain import JDT II dari Argentina, Leandro Sebastian Velazquez.
Dalam perkembangan lain, PBNJ kini sedang cuba mendapatkan penyerang kelab Vancouver Whitecaps FC, Sebastian Fernandez yang beraksi dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) untuk digandingkan bersama Diaz.
Fernandez, 25, merupakan pemain kelahiran Uruguay, dirancang untuk menggantikan Luciano Figueroa yang akan bersara dan bakal berguru dengan Mario Gomez sebagai penolong jurulatih.
Selain itu, Patricio Rodriguez, yang sudah pulang ke Argentina untuk mendapat rawatan lanjut, bakal dilepaskan ke kelab lain sebaik pulih daripada kecederaan.
Bernama
Thu Jul 23 2015

Tunku Ismail (gambar) turut menafikan peletakan jawatannya sebagai Presiden PBNJ pada 12 Julai lalu adalah sebagai langkah awal mahu menjadi Presiden FAM. -Foto Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pecat pengadil: 'Tindakan FAM keterlaluan, malukan Fitri Maskon'
Tindakan FAM yang mengambil keputusan drastik memecat pengadil, Fitri Maskon disifatkan sebagai terlalu keterlaluan dan kejam.

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.

23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.

Ferdy Druijf pemain warisan baru dari Belanda perkuat Harimau Malaya?
Nama Ferdy Druijf menjadi bualan hangat dengan pemain berusia 26 tahun itu dijangkakan pemain dari Belanda yang akan memperkuatkan Harimau Malaya.

Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.