PENGERUSI Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Khairul Shahril Mohamed berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pihaknya dan percaya isu itu dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
"IMC meminta ruang bagi menyelesaikan isu tersebut dan kami akan beri masa kepada pihak mereka," katanya kepada Bernama selepas menyaksikan pementasan teater Labun Mak Dara di Auditorium Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini, malam tadi.
Tunggakan gaji para pemain pasukan Perak FC kini mencecah tiga bulan dan ia sampai ke pengetahuan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).
Mengulas mengenai pengambilalihan Perak FC oleh IMC daripada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Khairul Shahril berkata, ia pastinya memberi kelegaan dan satu petanda positif kepada ramai pihak khasnya penyokong serta peminat The Bos Gaurus.
Beliau pada masa sama menasihatkan PAFA agar menghentikan segala kemelut yang melanda sebelum ini bagi memastikan masa depan lebih cerah Perak FC di bawah pengurusan baharu mereka.
"Cukup dengan apa yang sudah berlaku dan mereka haruslah berlapang dada agar tidak mengeruhkan suasana. Apa yang penting, kita perlu menyambut usaha IMC dalam menguruskan urusan Perak FC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021

Khairul Shahril berkata, IMC meminta ruang bagi menyelesaikan isu tersebut. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

‘Saya tidak lari bayar baki gaji’
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukimann memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan gaji dihadapi pasukan The Red Warriors secara berperingkat.

Tunggakan gaji pemain Perak FC dijangka selesai dalam 10 hari
Tunggakan gaji para pemain pasukan Perak FC kini mencecah tiga bulan dan ia sampai ke pengetahuan PFAM.

Kafa, MUSA diarah jelaskan tunggakan gaji pemain
Keputusan tersebut dicapai jawatankuasa itu yang bermesyuarat pada Khamis lepas.

Kafa tagih bantuan kerajaan Kelantan
Rayuan untuk mendapatkan bantuan itu adalah bagi meringankan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung ketika ini.

Subahan pertahan perbelanjaan hampir RM21 juta
Daripada jumlah itu, skuad lelaki menerima peruntukan hampir RM15 juta dari 2015 hingga 2019, dengan paling banyak pada fasa terakhir kelayakan untuk tahun 2019 iaitu RM4.7 juta.

Kepimpinan baharu Kafa perlu titik berat pembayaran gaji pemain
Kepemimpinan yang diterajui Presiden, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah perlu pandang serius bagi membela nasib pemain dan barisan kejurulatihan.

Pemain dari empat pasukan sudah terima bayaran tunggakan gaji - PFAM
Pemain yang sudah menerima bayaran ini adalah mereka yang membuat laporan dan telah mendapat keputusan daripada Jawatankuasa Status FAM.

FAS mampu selesai isu bayaran gaji dan bonus pemain Selangor - MB Azmin
FAS mempunyai kewangan mencukupi untuk menyelesaikan isu bayaran gaji dan bonus pemain bola sepak negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.