STEFANOS Tsitsipas menganggap Rafael Nadal tidak memberinya sebarang ruang untuk bernafas selepas gagal menyekat pemain nombor satu dunia itu menghasilkan satu lagi aksi hebat untuk memenangi gelaran Terbuka Barcelona buat ke-11, malam tadi.
Tsitsipas melakar kejutan apabila mara ke final pertamanya dalam saingan Jelajah Dunia ATP di Catalonia, tetapi mudah ditundukkan Nadal 6-2, 6-1.
Nadal tidak memperlihatkan sebarang belas kasihan kepada pemain remaja Greece itu bagi meneruskan kemenangan luar biasanya di atas gelanggang tanah liat kepada 19 perlawanan dan 46 set berturut-turut.
Tsitsipas sedar lawan yang bakal dihadapinya merupakan juara 16 kali gelaran Grand Slam dan mendedahkan, cabaran sebenar lebih menakutkan daripada yang disangkakan.
"Saya tahu peluang untuk menang adalah kecil tetapi keyakinan saya semakin meningkat dalam setiap pertandingan walaupun saya mengharapkan aksi lebih lebih baik pada hari ini, tahniah kepada Rafa," kata Tsitsipas.
"Ini merupakan pengalaman pertama dan lebih sukar daripada yang saya fikir. Saya telah menontonnya berjuta-juta kali di kaca televisyen namun lebih sukar untuk menghadapinya dalam realiti.
"Anda perlu bersabar dan melakukan segala-galanya dengan betul tetapi saya terburu-buru dan fikiran saya berserabut. Saya cuba bermain di garisan belakang tetapi ia tindakan yang silap, saya tidak mempunyai pilihan lagi. Saya langsung tidak diberi ruang untuk bernafas. Ia adalah sesuatu yang perlu dipelajari dan saya berharap dapat melakukan yang lebih baik ketika bertemunya pada masa akan datang."
Nadal, yang meraih kejuaraan ke-11 Monte Carlo minggu lalu berikrar untuk meneruskannya dalam kejohanan berbeza.
"Saya sangat gembira kerana meraih kemenangan ke atas lawan yang sangat sukar," katanya. "Tsitsipas memiliki masa depan yang luar biasa. Bagi saya, perlawanan akhir dan kejuaraan ke-11 di sini cukup bermakna. Saya menikmati permainan sepanjang minggu ini serta mendapat sokongan yang hebat dari orang ramai.
"Sangat sukar untuk menerangkan bagaimana memenangi 11 gelaran dalam sesuatu kejohanan. Untuk memenangi 11 trofi Monte-Carlos dan 11 gelaran Barcelona bukanlah sesuatu yang saya bayangkan.
"Saya hanya menikmati setiap minggu dan hakikatnya, peluang beraksi dalam kejohanan kegemaran memberi makna besar kepada saya."
Astro Arena
Mon Apr 30 2018

Nadal berkata, Tsitsipas (gambar) memiliki masa depan yang luar biasa. - Foto Astro ARENA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya
Ramtiniwaiti Ramlee, 38, bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia.

Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024.

Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol
Kunjungan tersebut memberi peluang buat mereka menyaksikan sesi latihan pasukan utama FC Barcelona dan melawat fasiliti latihan kelab berkenaan.

Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.

UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann
Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke PSG sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai lagi pemain berkaliber.

Lionel Messi kini ejen bebas
Kontrak pemain itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.

Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal
Para penggemar muzik itu menyambut hari pertama musim bunga dengan memakai set fon kepala seterusnya memulakan aksi gerak tari masing-masing.

Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.

Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.

Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge
Messi, 33, kelihatan akan meninggalkan skuad Blaugrana itu selepas 19 tahun bersama kelab berkenaan.