KUALA TERENGGANU: Pasukan basikal bertaraf benua, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) yakin mampu mempertahankan gelaran selaku juara Asia dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood berkata keyakinan tersebut disandarkan pada kedudukan TSG kini yang selesa di hadapan pencabar di tempat kedua, dengan perbezaan 500 mata.
"Kita masih ada empat siri perlumbaan iaitu kejohanan di Iran, Taiwan, Jepun dan Le Tour de Langkawi (LTdL) sebelum tamat musim ini pada Oktober. Melihat pada kedudukan sekarang, kita berada di landasan betul untuk menamatkan saingan di kedudukan nombor satu Asia.
"Baki empat perlumbaan itu sebagai latihan untuk kekalkan prestasi pelumba dan kutip lebih banyak mata untuk perbaiki kedudukan di ranking dunia," katanya selepas majlis menandatangani kontrak penajaan antara TSG dengan Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) Sdn Bhd di sini, petang semalam.
Malah katanya pasukan yang berpangkalan di Kuala Terengganu itu juga optimis mampu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga terbaik benua.
Dalam pada itu Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus berkata pasukannya menyasarkan satu podium dan satu jersi untuk saingan LTdL pada 11 hingga 18 Okt depan.
Menurut Nasiruddin sasaran tersebut dibuat selepas mengambil kira kehadiran banyak pasukan besar bertaraf jelajah dunia dan benua dari seluruh dunia yang datang untuk bertanding di kejohanan bertaraf Pro Series.
"Untuk saingan LTdL yang amat mencabar kali ini kita akan turunkan empat pelumba import dan dua pelumba tempatan termasuk pelumba utama kita yang juga pakar pendakian iaitu Anatoli Budiak, Metkel Eyob, Jambaljam Sainbayar, Youcef Reguigui, Harrif Salleh dan Nur Amirul Fakhruddin Mazuki," katanya.
Katanya semua pelumba terbabit akan menyertai perlumbaan di Iran dan Taiwan pada awal Oktober ini sebagai sesi pemanas badan sebelum aksi di LTdL.
Sementara itu, TSG menerima suntikan penajaan tunai RM2 juta daripada syarikat pelaburan induk strategik kerajaan negeri, Terengganu Inc Sdn. Bhd.
Che Ku Mohd Izmuddin berkata TSG berjaya mengumpul jumlah penajaan sebanyak RM11 juta dalam pelbagai bentuk termasuk tunai, barangan dan perkhidmatan untuk musim depan.
Katanya jumlah itu adalah yang tertinggi pernah diterima sepanjang penubuhan TSG pada 2011.
"Hasil gerak kerja berpasukan membolehkan kita mengumpul tajaan paling tinggi dalam sejarah penubuhan TSG, terima kasih kepada semua terlibat termasuk kerajaan negeri.
"Kita sasarkan dalam tempoh lima tahun lagi TSG akan miliki kompleks pentadbiran sendiri yang pastinya akan menaikkan imej dan prestij pasukan," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Terengganu Inc Burhanuddin Hilmi Mohamed berkata penajaan buat lima tahun berturut-turut tersebut membolehkan pasukan berbasikal profesional itu meneruskan momentum kecemerlangan dalam saingan musim 2023.
Menurutnya jumlah tajaan musim 2023 dinaikkan sebanyak RM500,000 berbanding 2022 selepas berpuas hati dengan prestasi cemerlang dan kejayaan TSG meraih gelaran juara Asia UCI tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022
Che Ku Mohd Izmuddin (dua, kiri) dan Burhanuddin Hilmi (dua, kanan) menunjukkan dokumen yang ditandatangani kepada media di Kuala Terengganu, 28 Sept 2022. - Foto Facebook Terengganu Polygon Cycling Team
AWANI Ringkas: Gangguan Seksual | Mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi "untuk sementara waktu", kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
[TERKINI] Polis tahan seorang lelaki bakar wanita
Polis New York menahan seorang lelaki ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Runtuhan tebing ancam nyawa
Jabatan Pengairan dan Saliran memulakan kerja darurat di tebing Sungai Kelantan yang runtuh berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu.
UCI setuju masukkan semula LTdL dalam kalendar dunia - Amarjit
Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bersetuju untuk memasukkan kembali kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL), dijadualkan pada 23-30 Sept ini, ke dalam kalendarnya.
TSG optimis kekal gelaran juara Asia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa
Keyakinan tersebut disandarkan pada kedudukan TSG kini yang selesa di hadapan pencabar di tempat kedua, dengan perbezaan 500 mata.
Velodrom Azizulhasni Awang dalam Kategori 4 UCI, tidak akan anjur kejohanan antarabangsa
Ini adalah sebuah venue terbuka yang saya percaya dibina bagi tujuan melahirkan bakat-bakat baru, kata Datuk Amarjit Singh.
Reka bentuk Velodrom Azizulhasni Awang jadi persoalan
Reka bentuk velodrom mengundang persoalan mengenai spesifikasi UCI memandangkan ia tiada bumbung, tiada tempat duduk penonton dan tiada laluan ambulans.
Muhammad Fadhil kini no. 1 dunia acara ujian masa
Pelumba Yayasan Sime Darby berusia 24 tahun itu mengumpul 1,762.50 mata, naik empat anak tangga selepas mengutip 720 mata.
Azizulhasni kini nombor 1 dalam ranking dunia acara pecut individu
Ikon berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang kini menghuni kedudukan teratas dalam ranking dunia acara pecut individu.
Pembayaran wang kemenangan LTdL 2020 selesai
Penganjur jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi 2020 mengesahkan sudah melunaskan pembayaran wang kemenangan kepada pelumba dan pasukan bertanding.
Berbasikal trek: Azizulhasni tidak tergugat ranking dunia jatuh
Atlet kelahiran Terengganu itu menganggap semua pelumba memiliki peluang untuk mencabar emas, lantas mendorongnya untuk membuat kerja rumah bagi mengkaji kekuatan lawan.
LTdL 2020: Tiada masalah dapatkan penyertaan pasukan Jelajah Dunia
Selepas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa mengesahkan tarikh itu dalam kalendar mereka, pihak penganjur menerima respons yang menggalakkan daripada pasukan Jelajah Dunia.
Tidak perlu bermusuh dengan rakan sepasukan - Azizulhasni
Azizulhasni tanpa berselindung membayangkan atlet berusia 22 tahun itu akan mengambil alih tempatnya selepas bersara dari sukan berbasikal kelak.