Penganjur jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi 2020 (LTdL2020), Human Voyage (M) Sdn Bhd mengesahkan sudah melunaskan pembayaran wang kemenangan kepada pelumba dan pasukan bertanding, pada awal bulan ini.
Ketua Pegawai Operasi LTdL 2020, Shahaizereen A Hamid berkata, pembayaran wang hadiah kemenangan itu berjumlah keseluruhan RM823,450.
"Transaksi pembayaran kepada pasukan dan pelumba telah dibuat dan selesai pada awal bulan ini. Proses pembayaran dibuat melalui Cycling Prize Management System (UCPMS) Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pembayaran akhir hadiah kemenangan itu sepatutnya dilakukan menerusi sistem UCI tersebut dalam tempoh 90 hari selepas tamat perlumbaan, namun tertunda susulan penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas.
Pada saingan LTdL 2020 yang berlangsung Februari lepas, pasukan Sapura merupakan penerima hadiah wang kemenangan terbesar iaitu sebanyak RM141,150, disusuli pasukan Terengganu dengan RM114,200 dan Vino Astana Motors RM106,100.
Perlumbaan edisi ke-25 itu adalah berstatus Pro Series di bawah peraturan baharu UCI.
Shahaizereen berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta badan induk berbasikal negara, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), telahpun dimaklumkan berhubung pembayaran wang kemenangan yang dilakukan itu.
"Isu kelewatan pembayaran disebabkan kekangan yang terpaksa dihadapi ketika PKP telahpun diselesaikan selepas perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican baru baru ini.
"Bagi pihak penganjur, saya mengucapkan terima kasih terutama kepada Menteri (Belia dan Sukan) atas keprihatinan yang diberikan, sekali gus membantu kami menyelesaikan isu ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang memahami, bersabar dan memberi kerjasama yang baik berhubung perkara ini," katanya.
Beliau berkata, Human Voyage bersedia menganjurkan perlumbaan edisi ke-26 meskipun terdapat ketidakpastian susulan COVID-19 dan prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh kerajaan bagi acara sukan antarabangsa. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 12 2020

Barisan pemenang Le Tour de Langkawi 2020 pada majlis penyampaian trofi di Langkawi pada 14 Februari lalu. - Gambar fail BERNAMA
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pembayaran wang kemenangan LTdL 2020 selesai
Penganjur jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi 2020 mengesahkan sudah melunaskan pembayaran wang kemenangan kepada pelumba dan pasukan bertanding.