Jaguh trek negara, Mohd Azizulhasni Awang berkata tidak perlu wujud permusuhan antara beliau dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom walaupun ranking mereka hanya berbeza satu tangga sahaja.
Malah, Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan ''The Pocket Rocketman'' juga tanpa berselindung telah membayangkan atlet berusia 22 tahun itu, akan mengambil alih tempatnya selepas bersara dari sukan berbasikal kelak.
"Sudah tentu Shah Firdaus adalah teman latihan yang baik dan pada masa yang sama saya cuba bimbing dia, secara langsung atau tidak langsung supaya suatu hari nanti dia akan mengambil alih tempat saya.
"Saya pun bukan hendak berkayuh selama-lamanya.
"Ada setengah atlet apabila nampak cabaran mereka akan mula bermusuh tapi bagi saya tidak perlu. Macam masa saya dengan Josiah (Ng) dulu.
"Kita saling bersaing masa latihan dan pertandingan tapi kita kawan ketika di luar, sampai sekarang pun kami masih kawan baik," katanya.
Berdasarkan ranking terkini Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Juara Keirin Dunia di Hong Kong baru-baru ini, kini menghuni tangga keempat dunia berbanding sebelum ini di tangga ke-13, manakala Muhammad Shah Firdaus jatuh satu anak tangga ke tangga kelima.
Menurut Azizulhasni, sebagai rakan sepasukan mereka perlu mencipta persekitaran atau persaingan yang positif jika ingin terus kekal konsisten sama ada ketika latihan mahupun pertandingan.
Katanya, beliau juga mahu melihat Muhammad Shah Firdaus menghasilkan prestasi yang cemerlang pada setiap penampilannya.
"Saya cuba bimbing dia (Shah Firdaus) sebanyak yang boleh. Saya berharap satu hari nanti, dia akan menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada saya, " katanya.
Muhammad Shah Firdaus sebelum ini meraih pingat gangsa acara keirin di Kejohanan Asia (ACC) 2017 di India, sementara Azizulhasni sekadar menduduki tempat kesembilan dalam acara yang sama.
Bagaimanapun, ketika di Kejohanan Dunia di Hong Kong baru-baru ini, Muhammad Shah Firdaus yang pertama kali bersaing di kejohanan dunia, gagal mara ke pusingan kedua selepas menamatkan kedudukan di tempat kedua dalam perlumbaan repechage pertama, di belakang pelumba Jerman, Joachim Eilers. -- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2017

Berdasarkan ranking terkini Kesatuan Berbasikal Antarabangsa, Azizulhasni kini menghuni tangga keempat dunia berbanding sebelum ini di tangga ke-13, manakala Muhammad Shah Firdaus jatuh satu anak tangga ke tangga kelima. -Gambar fail

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.