"Skuad The Red Warriors (TRW) ketika ini masih belum cukup kuat memberi saingan kepada pasukan lain dalam Liga Malaysia (Liga-M)," akui bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa.
Malah, menurutnya skuad itu perlu bergantung kepada pemain import untuk membantu melonjakkan nama pasukan selepas kehilangan beberapa pemain utama yang menyertai pasukan lain.
"Ramai pemain senior yang meninggalkan kita antaranya Muslim (Ahmad) dan Wan Zack Haikal, mereka ini perlu diganti dengan pemain berkualiti.
"Kita tidak sempat untuk mendapatkan pemain tempatan kerana terlambat dan perlu bergantung kepada pemain import kerana dalam saingan bola sepak tempatan, khidmat mereka amat penting.
"Walaupun ada yang berkata memadai dengan menggunakan pemain muda dari skuad Piala Presiden, pengalaman saya dalam arena bola sepak menunjukkan sukar untuk membentuk pasukan mantap dengan cara begitu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan antara MIFA FC dan Kelantan di Stadium Universiti Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini. MIFA FC menundukkan Kelantan 2-0.
Annuar berkata skuad TRW perlu melengkapkan kuota empat pemain import bagi mengimbangi kehilangan pemain senior mereka itu.
"Kalau tak masuk pemain import lagi berat. Bila masuk, kita boleh seimbangkan sikit dan sebab itu saya harap (skuad) dapat ambil pemain yang berkualiti," katanya.
Mengulas mengenai jersi TRW, beliau berkata skuad itu atas permintaan penaja akan kembali menggunakan warna tradisi iaitu merah putih sebagai jersi utama di tempat sendiri.
"Bagi jersi kedua, kita akan gunakan warna biru untuk perlawanan tempat lawan manakala warna oren bagi jersi ketiga. Kita akan lancarkan jersi ini pada 20 Jan ini," katanya.
Sementara itu, Annuar yang juga Pengerusi RedONE dan Presiden Al Hamra Group yang menjadi penaja utama KAFA musim ini, berkata secara prinsipnya lapan syarikat bersetuju untuk membantu persatuan berkenaan.
Beliau berkata daripada jumlah itu, lima syarikat telah pun mengadakan rundingan manakala tiga lagi akan dilakukan secepat mungkin.
"Secara prinsip, lapan syarikat ini sudah bersetuju tapi belum tandatangani kontrak, saya mesti selesaikan sebelum 14 Jan ini dan saya hanya tinggal empat hari lagi.
"Kalau selesai, saya sasarkan untuk kumpulkan dana RM10 juta untuk Kafa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2017

ANNUAR: Skuad TRW ketika ini masih belum cukup kuat memberi saingan kepada pasukan lain dalam Liga-M - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

KAFA didesak adakan pemilihan semula ahli jawatankuasa
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) didesak mengadakan pemilihan semula ahli jawatankuasa susulan penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

FAM gantung Persatuan Bolasepak Kelantan berkuatkuasa serta-merta
FAM secara majoriti mengambil keputusan untuk menggantung keahlian Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) daripada menjadi Ahli Gabungan FAM.

KAFA tumpu pembangunan anak tempatan kembalikan kegemilangan 'The Red Warriors'
KAFA memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi dalam kalangan anak tempatan bagi mengembalikan semula kegemilangannya.

Kualiti pengajaran, latihan guru KAFA secara tersusun perlu diberi penekanan
Guru KAFA hendaklah dilatih dengan modul latihan terkini dan metodologi pengajaran berkesan selain penggunaan teknologi dalam pengajaran.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Keputusan UPKK Khamis depan
Keputusan UPKK Tahun 2024 boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.

8,715 kelas KAFA sepenuh masa di Perak - MB
Sekolah-sekolah itu diurus tadbir oleh Jemaah Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada kalangan masyarakat setempat.

Kerajaan pusat serah peruntukan lebih RM64 juta menerusi Jakim kepada Sabah
Ia bagi membayar imbuhan tahunan dan elaun 6,857 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak dan guru takmir di negeri itu.

LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.

Penganjur acara diminta wujud garis panduan elak perlakuan kurang senonoh
Abdul Halim berkata ia penting bagi menjaga nilai dan akhlak peserta terutama yang beragama Islam sekali gus mereka menjadi contoh kepada masyarakat.