Trio 'Robin Hood' Malaysia gagal menyaingi kehebatan pemanah China pada aksi akhir acara recurve lelaki berpasukan di Gyeyang Asiad Archery Field.
Namun, mara ke peringkat akhir dan pulang dengan pingat perak adalah satu pencapaian yang membanggakan, sekali gus meletakkan nama Malaysia dalam senarai pemanah terbaik di peringkat Asia.
Khairul Anuar Mohamad, Atiq Bazil Bakri dan Haziq Kamaruddin meraih pingat perak selepas tewas 0-6 kepada trio China Gu Xuesong, Qi Kaiyao dan Yong Zhiwei.
"Secara keseluruhannya semuanya okay, panahan dan pilihan kami boleh buat seperti biasa sama seperti waktu latihan. Tapi kalau kita tengok tadi, China hampir mendapat mata penuh.
"Ia memang persaingan getir. Kami disasarkan ke separuh akhir sahaja dan kami berpuas hati mara ke peringkat akhir. Kalau boleh memang kami pun nak dapatkan emas," kata Khairul Anuar.
Pada perlawanan akhir hari ini, trio negara tewas 54-57, 53-57 dan 57-58 kepada pemanah China.
Dalam pada itu, Haziq melahirkan rasa kecewa apabila gagal mengekalkan prestasi panahannya pada hari ini.
Katanya, pada luarannya, kekuatan trio negara dan China nampak sama, cuma kelebihan kepada pemanah China kerana mereka berjaya mengawal permainan dan kawalan diri yang baik.
"Hajat yang tidak sampai cuma tidak dapat kekal anak panah pergi mana, bukan saya patut tembak ke situ, tapi apa hendak buat semua sudah jadi. Saya harap lepas ini boleh lebih fokus untuk pertandingan-pertandingan yang akan datang," katanya.
Menurut Haziq, walaupun berjaya bangkit selepas membuat sasaran tercorot enam mata, namun tidak dapat membantu pasukan negara meraih emas dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Pingat gangsa dimenangi trio Korea Ku Bonchan, Lee Seungyun dan Oh Jinhyek yang menewaskan pemanah Jepun Takaharu Furukawa, Hideki Kikuchi dan Shohei Ota.
Astro Arena
Sun Sep 28 2014

Atlet memanah (dari kiri) Khairul Anuar Mohamad, Atiq Bazil Bakri dan Haziq Kamaruddin meraih pingat perak dalam acara akhir Recurve Lelaki Berpasukan pada Temasya Sukan Asia ke-17 - Foto Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Trio 'Robin Hood' negara raih perak
Trio 'Robin Hood' Malaysia gagal menyaingi kehebatan pemanah China pada aksi akhir acara recurve lelaki berpasukan.

Malaysia lepasi separuh sasaran 40 pingat emas hari ke-12 Sukan SEA
Kontinjen negara melepasi separuh daripada sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan pada Sukan SEA ke-27 di sini apabila menambah enam pingat emas semalam.