KUALA TERENGGANU: Kekosongan ditinggalkan Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) hampir pasti diisi Pengarah Teknikal Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Tomislav Steinbruckner.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Ahli Lembaga Pengarah TFCSB.
Wan Sukairi berkata jurulatih berusia 56 tahun berasal dari Croatia itu adalah pilihan kedua TFCSB selain Nafuzi untuk membimbing skuad Penyu mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) dan saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim depan.
"Semasa kita terima cadangan daripada pihak pengurusan (TFCSB), memang Nafuzi diletakkan di kedudukan pertama untuk kita sambung kontrak beliau dan Tomislav Steinbruckner di tempat kedua.
"Jika Nafuzi tidak terima untuk sambung kontrak, tawaran kita akan pergi kepada Steinbruckner, jadi saya rasa hampir pastilah," katanya kepada media selepas perasmian penutup Kejohanan Sukan Gemaputera XVI Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini malam tadi.
Bagaimanapun Wan Sukairi berkata pengumuman mengenai jawatan ketua jurulatih TFC itu akan dibuat oleh pihak pengurusan TFCSB sendiri tidak lama lagi.
Menurutnya, Steinbruckner yang menerajui semua struktur pasukan di bawah pengurusan TFCSB musim ini diyakini mampu menggalas tugas sebagai ketua jurulatih TFC dengan cemerlang pada musim depan.
"Kami yakin dengan kepakaran dan pengalaman yang ada pada beliau... Beliau pernah bersama pasukan T-Team FC pada 2015 dan meletakkan pasukan itu di kedudukan yang membanggakan.
"Kami harap beliau dapat meneruskan kecemerlangan yang ditinggalkan Nafuzi untuk membawa TFC ke masa depan lebih gemilang," katanya.
Steinbruckner memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional bersama kelab negaranya, Osijek pada 1984 hingga 1992 sebelum berhijrah ke kelab Belisce, juga dalam Liga Croatia.
Pemain yang beraksi di posisi tengah itu kemudian menamatkan kariernya sebagai pemain bersama kelab Singapore Armed Forces FC pada 1999 sebelum bergelar jurulatih bersama kelab dalam Liga Croatia, NK Osijek pada 2008.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2022
![Tomislav Steinbruckner bakal bimbing Skuad Penyu musim depan Tomislav Steinbruckner bakal bimbing Skuad Penyu musim depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669513605_TomislavSteinbruck.jpg)
Tomislav Steinbruckner hampir pasti akan menjadi ketua jurulatih TFC baharu. - Foto Terengganu FC
![Sertai BRICS langkah tepat oleh Malaysia Sertai BRICS langkah tepat oleh Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675234371_MenaraBerkembarKu.jpg)
Sertai BRICS langkah tepat oleh Malaysia
Selaras perubahan landskap global semasa, langkah Malaysia untuk menganggotai BRICS sememangnya tepat.
![Andai Alif Aliz, Ruhainies bertemu jodoh, kita aminkan... - Ibu Andai Alif Aliz, Ruhainies bertemu jodoh, kita aminkan... - Ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719109179_AliffAzizRuhainie.jpg)
"Andai Alif Aliz, Ruhainies bertemu jodoh, kita aminkan..." - Ibu
"Bukankah jodoh, pertemuan, ajal, maut, perkahwinan dan penceraian itu semua Allah yang tentukan? Bersabar, okey!" - Siti Hafiza
ATM rampas 700kg daun ketum cuba diseludup ke Thailand
Tentera Malaysia rampas 700kg daun ketum bernilai RM56,000 di Padang Terap, cuba diseludup ke Thailand
Harga barang tinggi bebankan komuniti Orang Asli Pos Tuel
Penduduk Orang Asli Pos Tuel, Gua Musang, hadapi masalah harga makanan tinggi. Mereka harap pemantauan KPDN dan Jualan Rahmah Madani bergerak diteruskan.
![Tekong bot nelayan hilang ditemui lemas Tekong bot nelayan hilang ditemui lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719109025_tbAPNMBotNelayan.jpg)
Tekong bot nelayan hilang ditemui lemas
Tiga lagi mangsa bot terbalik pada Jumaat lepas masih belum dijumpai.
![Bangunan Sekolah Kebangsaan Abaka musnah terbakar Bangunan Sekolah Kebangsaan Abaka musnah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719107329_tbSKAbakakebakara.jpg)
Bangunan Sekolah Kebangsaan Abaka musnah terbakar
Kebakaran pada tengah malam itu memusnahkan bangunan yang menempatkan bilik darjah murid tahap dua.
![ATM rampas 700 kg daun ketum cuba diseludup ke Thailand ATM rampas 700 kg daun ketum cuba diseludup ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719106621_tbATM.jpg)
ATM rampas 700 kg daun ketum cuba diseludup ke Thailand
Rampasan di sempadan negara di Padang Terap itu bernilai RM56,000.
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan tidak banyak berubah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Dulu jurutera, sekarang usahawan cili Dulu jurutera, sekarang usahawan cili](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719073622_PetaniASrinath.jpg)
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
![Terbuka Kazakhstan: Shereen, Azeem raih podium - Slot Sukan Olimpik kian samar? Terbuka Kazakhstan: Shereen, Azeem raih podium - Slot Sukan Olimpik kian samar?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719103470_tbKejohananQosanov.jpg)
Terbuka Kazakhstan: Shereen, Azeem raih podium - Slot Sukan Olimpik kian samar?
Kedua-dua mereka masih menunggu peluang saat akhir untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris.
![Steinbruckner tidak puas hati persembahan TFC Steinbruckner tidak puas hati persembahan TFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718422709_TFC.jpg)
Steinbruckner tidak puas hati persembahan TFC
Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner mengakui tidak berpuas hati dengan corak permainan anak buahnya ketika beraksi menentang Perak FC.
![Pusat Latihan TFC dipasang CCTV Pusat Latihan TFC dipasang CCTV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715865049_HishamuddinAbdulKa.jpg)
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
![Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714998233_TBMohdKhairiKhairud.jpg)
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
![Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714884330_TBAzliMohdNoor.jpg)
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
![Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713408698_penangfcjpg.jpg)
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
![TFC pinjamkan dua pemain ke pasukan lain TFC pinjamkan dua pemain ke pasukan lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708257072_MohdSabriAbas.jpg)
TFC pinjamkan dua pemain ke pasukan lain
Dua pemain Terengganu FC (TFC) akan dipinjamkan ke pasukan lain sebagai langkah penjimatan kelab musim ini.
![TFC sah ikat Ismaheel Akinade TFC sah ikat Ismaheel Akinade](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707834964_IsmaheelAkinade.jpg)
TFC sah ikat Ismaheel Akinade
Pemain berusia 30 tahun itu telah menandatangani kontrak selama semusim dengan TFC hari ini.
![TFC guna khidmat enam import musim ini TFC guna khidmat enam import musim ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707095771_MohdSabriAbas.jpg)
TFC guna khidmat enam import musim ini
Ia sebagai langkah penjimatan kelab dalam menghadapi perjalanan musim yang panjang kali ini iaitu bermula Mac hingga Mei tahun depan.
![Habib Haroon sah tinggalkan TFC Habib Haroon sah tinggalkan TFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702953903_TBPialaMalaysia.jpg)
Habib Haroon sah tinggalkan TFC
Kapten pasukan TFC Habib Haroon sah tidak bersama kelab itu bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
![Penyokong minta TFC kemukakan bantahan terhadap pengadil Penyokong minta TFC kemukakan bantahan terhadap pengadil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702109234_PialaMalaysia.jpg)
Penyokong minta TFC kemukakan bantahan terhadap pengadil
Penyokong TFC meluahkan rasa kecewa dengan mutu pengadilan yang didakwa berat sebelah pada perlawanan akhir Piala Malaysia.