KERAP kali kami laporkan di Amanz, beberapa rawatan baharu penyakit seperti kanser berjaya diuji pada tikus makmal.
Kemudian ujian klinikal ke atas manusia pula dilakukan bagi melihat keberkesanannya. Ini kerana sistem imun dan biom tikus berbeza dengan manusia.
Tetapi saintis dari University of Texas Health Science Center di San Antonio mengumumkan kejayaan menghasilkan tikus makmal yang mempunyai sistem imun dan biom perut yang 100% sama dengan manusia.
Tikus TruHuX diubah sistem imunnya menjadi sama dengan manusia menerusi rawatan sel tunjang dan juga hormon.
Selepas beberapa minggu, TruHuX mempunyai nodus limfa, pusat germinal, sel epitelium manusia timus, limfosit T dan B manusia, limfosit B memori dan sel plasma yang menyerupai manusia.
Dengan ini TruHuX boleh menjadi analog kepada manusia yang lebih tepat dalam ujian makmal. Ia telahpun digunakan untuk melakukan kajian jangka panjang COVID-19 ke atas tubuh manusia.
Di masa hadapan ia boleh digunakan untuk membangunkan vaksin, menghasilkan rawatan penyakit dan menguji kesan ubat baharu dihasilkan.
Saintis telahpun menghasilkan tikus yang diubah gen untuk menyerupai manusia sejak 1980an dan digunakan untuk melakukan kajian HIV tetapi mempunyai hayat yang pendek.
Tetapi tikus dengan 100% sistem imun manusia tidak berjaya dihasilkan sehinggalah sekarang. -Amanz
Amanz
Wed Jul 10 2024
Tikus TruHuX diubah sistem imunnya menjadi sama dengan manusia menerusi rawatan sel tunjang dan juga hormon. -Amanz
Pastikan obor perjuangan reformasi terus menyala - Anwar
Presiden PKR ingatkan setiap ahli parti supaya memperkukuh jentera dan memastikan obor perjuangan reformasi terus menyala.
Gerakan reformasi lalui pelbagai dugaan dalam tempoh 26 tahun - Fahmi
"Tiada sahabat atau musuh yang kekal, hanya kepentingan bersama, iaitu keadilan untuk rakyat," kata Fahmi Fadzil.
Hezbollah sahkan komander Ibrahim Aqil meninggal dunia
Israel dakwa Ibrahim dan pemimpin kanan lain pergerakan Lubnan itu maut dalam serangan udara di Beirut pada Jumaat.
Perang sebabkan lebih banyak pencemaran karbon, krisis kemanusiaan kepada bencana alam
Sejumlah besar pelepasan karbon berlaku akibat operasi ketenteraan yang dijalankan oleh banyak negara di seluruh dunia.
Israel dakwa bunuh komander tertinggi Hezbollah, Ibrahim Aqil
Ibrahim didakwa maut bersama-sama anggota kanan unit elit Hezbollah yang lain dalam serangan udara pada Jumaat.
Eksport lada Malaysia bernilai RM86.4 juta sehingga Julai tahun ini - Chan
Eksport lada Malaysia meningkat kepada RM86.4 juta bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini berbanding RM80.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
Jabatan Muzium Malaysia terima Koleksi Set Tagung Kadazan berusia lebih 100 tahun
Jabatan Muzium Malaysia pada Jumaat menerima sumbangan Koleksi Set Tagung Kadazan daripada Pertubuhan Kadazan Sabah yang terdiri lapan koleksi seperti set tagung, gendang dan satu set kulintangan.
Para SUKMA 2024: Jadikan kejayaan Bonnie sebagai pembakar semangat
Kejayaan Bonnie memenangi pingat emas baru-baru ini membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu menempa nama di persada antarabangsa.
Trafik penumpang antarabangsa Lapangan Terbang Subang pada Ogos naik 25 peratus
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Lapangan Terbang Subang (SZB) mencatat peningkatan trafik penumpang antarabangsa sebanyak 25 peratus pada Ogos 2024.
Malaysia seperti negara ASEAN lain terus kukuhkan pendirian neutral, tarik pelaburan, perdagangan ke rantau itu
Malaysia seperti negara-negara ASEAN lain akan terus mengukuhkan pendirian neutral supaya lebih banyak pelaburan dan perdagangan akan mengalir ke blok itu.
Tikus makmal dengan 100% sistem imun manusia berjaya dihasilkan
Tikus TruHuX diubah sistem imunnya menjadi sama dengan manusia menerusi rawatan sel tunjang dan juga hormon.
Vaksin COVID-19: Tiada paksaan, aktivis dan NGO jangan takutkan masyarakat - Khairy
Dakwaan seorang aktivis mengatakan Orang Asli menerima paksaan dan bakal dijadikan sebagai tikus makmal adalah tidak benar sama sekali.
Biarkan Haiqal terus dibimbing Poad
Program yang dilaksanakan Md Poad itu tampak berkesan dengan Badrul Hisyam dan Khairul Hafiz pernah mengecapi kemuncak prestasi, namun menurun setelah berlaku banyak campur tangan.