KUALA LUMPUR: Aktiviti sukan dan rekreasi kini boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa terikat kepada had tertentu selaras dengan fasa peralihan endemik bermula hari ini, menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Menerusi kenyataan dikeluarkan kementerian berkenaan, beliau berkata meskipun dibuka sepenuhnya, sektor sukan dan rekreasi masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau berkata antara kemudahan baharu di bawah sektor sukan dan rekreasi termasuk tiada had kapasiti penyertaan bagi melakukan aktiviti berkumpulan dan penganjuran sebarang pertandingan mahupun acara sukan dan rekreasi.
"Ia bagaimanapun tertakluk kepada kemampuan mengekalkan penjarakan fizikal sebelum dan selepas aktiviti atau acara diadakan," katanya.
Sementara itu kemudahan baharu turut melibatkan tiada had kapasiti kehadiran penonton ke venue sukan dan rekreasi, tertakluk kepada penjarakan fizikal yang munasabah mengikut ruang tempat duduk.
Ahmad Faizal berkata pembukaan sektor sukan dan rekreasi ini bagaimanapun terhad bagi individu yang telah melengkapkan vaksinasi serta individu yang sekurang-kurangnya telah melengkapkan vaksinasi dos primer.
"Bagaimanapun bagi pengembara daripada luar negara yang akan memasuki Malaysia, mereka perlu mengikut SOP ditetapkan iaitu hanya pengembara yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan menikmati kemudahan di bawah sektor sukan dan rekreasi.
"Orang ramai juga boleh merujuk kepada garis panduan #ReopeningSafely berkaitan aktiviti dan fasiliti sukan, rekreasi dan riadah bagi tujuan mengenal pasti dan penilaian risiko," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022

Ahmad Faizal berkata, meskipun dibuka sepenuhnya, sektor sukan dan rekreasi masih tertakluk kepada SOP dikeluarkan MKN dan KKM. - Gambar fail/ Bernama

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Kelantan adakan sesi libat urus atasi gejala dadah dalam masa terdekat - Exco
Kelantan berada dalam senarai teratas kadar penyalahgunaan dadah tertinggi, berdasarkan nisbah per 100,000 penduduk.

Melaka komited teruskan agenda pembangunan rumah mampu milik
Kerajaan Melaka komited meneruskan agenda pembangunan rumah mampu milik (RMM) sekali gus mengekalkan status negeri yang menyediakan harga rumah terendah dan mampu dimiliki untuk rakyatnya.

Sembilan terselamat bot pelancong terbalik di Pantai Teluk Batik
Sembilan individu terselamat apabila bot yang melakukan aktiviti rekreasi membawa pelancong telah terbalik di Pantai Teluk Batik.

Henti sementara aktiviti rekreasi, berkelah di kawasan berisiko - Bomba
Orang ramai diminta untuk menghentikan sementara aktiviti rekreasi dan perkelahan terutama di kawasan yang berisiko lemas dan kerap berlaku fenomena kepala air ketika musim tengkujuh ini.

Tiada lagi had bagi aktiviti sukan dan rekreasi - Ahmad Faizal
Aktiviti sukan dan rekreasi kini boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa terikat kepada had tertentu selaras dengan fasa peralihan endemik bermula hari ini.

Tumpuan sidang media Ismail Sabri pada 12 Januari
Berikut antara tumpuan sidang media Menteri Kanan Pertahanan pada 12 Januari.

Aktiviti eko-pelancongan hutan dan rekreasi tidak dibenarkan ketika PKPB - JPNPk
Larangan ini merangkumi aktiviti pendakian, sukan basikal lasak dan permotoran di semua laluan pendakian yang terletak di dalam Hutan Simpanan Kekal negeri Perak.