JOHOR BAHRU: Orang ramai diminta untuk menghentikan sementara aktiviti rekreasi dan perkelahan terutama di kawasan yang berisiko lemas dan kerap berlaku fenomena kepala air ketika musim tengkujuh ini.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata antara kawasan berisiko adalah di gunung, sungai, jeram dan pantai.
"Berikutan cuti sekolah sudah bermula dan keluarga serta komuniti mungkin akan melakukan aktiviti rekreasi dan berkelah, jadi kita meminta dalam keadaan seperti ini (musim tengkujuh) hentikan dahulu.
"Terutama di kawasan berisiko yang kerap berlaku kepala air, begitu juga di kawasan cerun dan pantai yang mungkin jerlus, angin dan ombak kuat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan 2021) Zon Selatan, di sini hari ini.
Mohammad Hamdan berkata pihaknya turut mengenal pasti 186 lokasi panas kejadian kepala air dan 254 cerun kritikal di seluruh negara.
Sementara itu, berkenaan banjir, beliau berkata secara keseluruhan terdapat 4,795 lokasi panas yang telah dikenal pasti di seluruh Malaysia terutama negeri di pantai timur.
Justeru, beliau menasihati orang ramai khususnya yang berada di kawasan berkenaan agar sentiasa bersiap bersedia dan peka dengan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa sekali gus memastikan dokumen penting berada dalam keadaan selamat.
Orang ramai katanya juga perlu merancang perjalanan berikutan risiko jalan terputus hubungan dan jejambat dinaiki air.
Beliau pada masa sama berkata pihaknya akan terus melakukan pemantauan dan bersiap siaga susulan banjir ketika ini melanda lima negeri iaitu Pahang, Perak, Terengganu, Johor, Kelantan, dengan seramai 2,763 mangsa ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS).
"Kita juga setiap empat jam mendapatkan maklumat berhubung keadaan cuaca dan paras air menerusi kolaborasi yang rapat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Meteorologi Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022

Menurut JBPM, antara kawasan berisiko adalah di gunung, sungai, jeram dan pantai. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kelantan adakan sesi libat urus atasi gejala dadah dalam masa terdekat - Exco
Kelantan berada dalam senarai teratas kadar penyalahgunaan dadah tertinggi, berdasarkan nisbah per 100,000 penduduk.

Melaka komited teruskan agenda pembangunan rumah mampu milik
Kerajaan Melaka komited meneruskan agenda pembangunan rumah mampu milik (RMM) sekali gus mengekalkan status negeri yang menyediakan harga rumah terendah dan mampu dimiliki untuk rakyatnya.

Sembilan terselamat bot pelancong terbalik di Pantai Teluk Batik
Sembilan individu terselamat apabila bot yang melakukan aktiviti rekreasi membawa pelancong telah terbalik di Pantai Teluk Batik.

Henti sementara aktiviti rekreasi, berkelah di kawasan berisiko - Bomba
Orang ramai diminta untuk menghentikan sementara aktiviti rekreasi dan perkelahan terutama di kawasan yang berisiko lemas dan kerap berlaku fenomena kepala air ketika musim tengkujuh ini.

Tiada lagi had bagi aktiviti sukan dan rekreasi - Ahmad Faizal
Aktiviti sukan dan rekreasi kini boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa terikat kepada had tertentu selaras dengan fasa peralihan endemik bermula hari ini.

Tumpuan sidang media Ismail Sabri pada 12 Januari
Berikut antara tumpuan sidang media Menteri Kanan Pertahanan pada 12 Januari.

Aktiviti eko-pelancongan hutan dan rekreasi tidak dibenarkan ketika PKPB - JPNPk
Larangan ini merangkumi aktiviti pendakian, sukan basikal lasak dan permotoran di semua laluan pendakian yang terletak di dalam Hutan Simpanan Kekal negeri Perak.