KUALA LUMPUR: Atlet lompat tinggi negara Mohamad Eizlan Dahalan mungkin boleh berbangga apabila mengungguli Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan di Stadium Mini MSN Bukit Jalil hari ini.
Namun, pencapaian atlet kelahiran Tawau, Sabah berusia 23 tahun itu dengan lompatan setinggi 2.05 meter untuk meraih pingat emas pada kejohanan tersebut gagal mengatasi rekod terbaiknya 2.18m ketika memenangi gangsa pada Sukan SEA di Vietnam, tahun lepas.
Catatan tersebut sekali gus meresahkan penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu menjelang Sukan SEA 2023 di Kemboja pada Mei depan.
Ketika ditemui pemberita, Mohamad Eizlan mengakui ketiadaan jurulatih tetap membimbingnya di Sabah membantutkan hasrat beliau melakukan lompatan terbaik sekali gus memperbaharui rekod peribadinya.
"Saya memang berada dalam Program Podium, namun disebabkan saya belajar di Universiti Malaysia Sabah, tiada jurulatih tetap di sana (Sabah). Memang agak sukar untuk melakukan latihan sendiri sebab itu saya merasakan jurulatih sangat penting untuk bimbing saya.
"Ketika saya berada di Kuala Lumpur, bekas jaguh lompat tinggi negara Lee Hup Wei melatih saya, dia (Hup Wei) juga bimbing saya ketika persediaan ke Sukan SEA Vietnam," katanya.
Mohamad Eizlan memaklumkan beliau akan hanya menjalani latihan sepenuh masa bersama jurulatih di Kuala Lumpur bermula bulan depan selepas pengajiannya dalam semester keempat Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Sosiologi) berakhir pada 20 Feb ini.
Mohamad Eizlan yang berada dalam Program Podium di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) kini berada dalam kategori B untuk temasya dwitahunan itu.
Namun, beliau berpeluang untuk merebut slot kelayakan kategori A sekiranya menyertai Kejohanan Olahraga All Comers Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada minggu hadapan dan melakukan lompatan melepasi 2.10m untuk layak secara merit ke temasya di Phnom Penh, Kemboja itu.
Mohamad Eizlan, bagaimanapun berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan menyertai kejohanan tersebut atau sebaliknya.
Dalam saingan hari ini, rakan sepasukannya Farell Glen Felix Jurus menduduki tempat kedua setelah merekodkan lompatan setinggi 2 meter manakala atlet Johor Norshafiee Mohd Shah, yang turut mencatat 2 meter di kedudukan ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023

Ketiadaan jurulatih tetap di Sabah membantutkan hasrat beliau melakukan lompatan terbaik sekali gus memperbaharui rekod peribadinya.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS
Azura berkata tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Februari tahun lepas.

Tiada jurulatih bantut hasrat Eizlan perbaharui rekod peribadi
Ketiadaan jurulatih tetap di Sabah membantutkan hasrat beliau melakukan lompatan terbaik sekali gus memperbaharui rekod peribadinya.

Sukan SEA Hanoi: Hup Wei akan bersara jika tidak terpilih
Perkara itu akan ditentukan badan induk berkenaan dalam satu mesyuarat khas hari ini.

Olimpik: Ketepi jurulatih, pilih pegawai negeri, KOM dikritik
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) telah dikritik kerana memilih seorang pegawai dari negeri bagi mengiringi atlet ke Sukan Olimpik Tokyo, bulan hadapan.

Nauraj kini berada di ranking kedua dunia
Catatan 2.29 meter pada Kejohanan Terbuka Singapura ke-78 pada Khamis meletakkan Nauraj Singh pada ranking kedua dunia.