KUALA LUMPUR: Kapten skuad badminton negara bagi Piala Sudirman 2023, Tan Kian Meng tidak membezakan pemain sama ada bergelar pemain kebangsaan atau pemain profesional dalam menggalas cabaran negara di kejohanan tersebut yang akan berlangsung di Suzhou, China pada 14 hingga 21 Mei ini.
Kian Meng berkata gelaran tersebut hanya tercatat di atas kertas dan matlamat setiap pemain adalah untuk menghadiahkan kejayaan buat negara dengan meletakkan sasaran mara ke saingan separuh akhir.
"Layanan terhadap pemain itu sama ada pemain profesional atau tidak, kekal sama. Apabila sudah masuk ke gelanggang tiada istilah itu ditimbulkan. Kita bermain sebagai satu pasukan mewakili Malaysia.
"Kem bina semangat yang diadakan baru-baru ini juga membantu dalam membentuk persefahaman skuad negara," katanya pada sidang media sempena Majlis Pelepasan Skuad Piala Sudirman di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini hari ini.
Dalam pada itu, Kian Meng yang bakal bergandingan dengan Lai Pei Jing bagi aksi beregu campuran, menyifatkan pelantikan selaku kapten pasukan di pentas itu satu penghormatan buat dirinya.
"Antara tanggungjawab saya adalah menjadi penghubung antara pemain dan jurulatih. Sebagai pemain senior saya harap saya mampu untuk membantu pasukan di Piala Sudirman," katanya.
Beliau berkata barisan pemain negara kini berada dalam landasan tepat bagi melangkah jauh pada kejohanan tersebut.
"Semua pemain berada dalam motivasi terbaik. Saya harap pasukan ini boleh beri yang terbaik, serta percaya dengan diri sendiri dalam kejohanan ini," katanya.
Skuad negara diundi dalam Kumpulan C bersama Taiwan, India dan Australia.
Pemain Malaysia perlu menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan pertama atau kedua untuk mara ke saingan suku akhir.
Malaysia tidak pernah merangkul kejuaraan sepanjang pembabitan dalam kejohanan itu yang dipertandingkan sejak 1989 dengan pencapaian terbaik ialah di peringkat separuh akhir pada 2009 dan 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023

Kian Meng berkata barisan pemain negara kini berada dalam landasan tepat bagi melangkah jauh pada kejohanan tersebut. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Zii Jia, Jin Wei dalam momentum terbaik
Zii Jia sentiasa tenang apabila beraksi, sekali gus memberi keyakinan dan semangat kepada pemain pasukan Malaysia yang lain.

Piala Sudirman 2023: Malaysia muncul juara Kumpulan C, sah tiket ke suku akhir
Kemenangan pasukan kebangsaan bermula dengan aksi juara Orleans Masters Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang mengumpul mata sulung untuk pasukan negara.

Tiada beza pemain kebangsaan atau profesional, kami wakili Malaysia - Kian Meng
Kian Meng tidak membezakan pemain sama ada bergelar pemain kebangsaan atau pemain profesional dalam menggalas cabaran negara di Piala Sudirman 2023 yang akan berlangsung di Suzhou, China.

Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan
Skuad badminton negara akan berdepan cabaran sengit Taiwan dan India dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada Mei depan.