PRESTASI jaguh perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia berada dalam tahap terbaik menjelang saingan Malaysia Masters 2023 yang menyingkap tirai di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa.
Itu rumusan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann terhadap pemain nombor lapan dunia itu selepas berakhirnya kempen Piala Sudirman 2023 di China, Ahad lalu.
“Untuk Zii Jia, dia mempamerkan prestasi yang stabil. Malah, dia juga berjaya atasi beberapa pemain bintang seperti pemain India, S Kidambi, pemain Taiwan, Chou Tien-chen dan Jeon Hyeok-jin dari Korea Selatan.
“Bagi saya, memang bukan mudah Zii Jia menewaskan nama-nama besar ini memandangkan dia menggalas tanggungjawab besar dalam pasukan negara pada Piala Sudirman.
“Namun, apa yang saya lihat, Zii Jia sentiasa tenang apabila beraksi, sekali gus memberi keyakinan dan semangat kepada pemain pasukan Malaysia yang lain,” katanya.
Legenda badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek juga senada dengan Choong Hann apabila menyifatkan prestasi Zii Jia berada dalam ‘keadaan stabil’.
“Sekarang Zii Jia lebih kepada menjadi underdog (pemain bukan pilihan) sebab saya tengok dia bermain tanpa sebarang tekanan. Jadi, itulah yang kita dapat lihat pada Piala Sudirman,” jelasnya.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas prestasi pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei, Choong Hann mengakui bekas juara remaja dunia dua kali itu berjaya menampilkan aksi memukau.
“Jin Wei merupakan antara pemain bintang pasukan negara terutamanya ketika berdepan India apabila dia berjaya menghadiahkan mata kemenangan pasukan negara.
“Dari awal kejohanan, dia sudah menampilkan persembahan luar biasa, cuma mungkin dia kurang bernasib baik ketika berdepan pemain Denmark, Mia Blichfeldt,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 22 2023

Prestasi Lee Zii Jia berada dalam tahap terbaik menjelang saingan Malaysia Masters 2023 yang menyingkap tirai di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Cedera: Zii Jia tarik diri Terbuka Swiss minggu hadapan
Pemain berusia 26 tahun itu cedera pada ligamen buku lalinya yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Zii Jia tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.

Masters Orleans: Lee Zii Jia tumbang kepada pemain bukan pilihan dari Ireland
Zii Jia, yang baru pulih daripada kecederaan kaki, kelihatan bergelut untuk mendapatkan pendahuluan selesa dalam set pertama.

Masters Orleans: Zii Jia mara ke suku akhir
Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, mara ke pentas suku akhir Masters Orleans selepas menundukkan wakil India Srikanth Kidambi pada aksi pusingan kedua di Perancis hari ini.

Masters Orleans: Zii Jia mara ke pusingan kedua
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pusingan kedua Masters Orleans selepas menumpaskan wakil Taiwan, Chi Yu Jen, di pusingan pertama hari ini.

Zii Jia, Pearly-Thinaah dapat laluan mudah di pusingan pertama Seluruh England
Lee Zii Jia dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Seluruh England pada 11 hingga 16 Mac ini.

Seluruh England: Lee Zii Jia akan kembali dengan magis tersendiri - Bekas pemain nombor satu dunia
Roslin Hashim, optimis Lee Zii Jia akan kembali beraksi dengan magis tersendiri dalam Kejohanan Badminton Masters Orleans di Perancis minggu depan.

Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.

Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.

Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.