PHNOM PENH: Thailand yakin negara itu akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2025 dengan jayanya dengan meneliti semua aspek penganjuran yang bakal berlangsung di tiga bandar utama negara itu - Bangkok, Chonburi dan Songkhla, dari 9 hingga 20 Disember 2025.
Gabenor Pihak Berkuasa Sukan Thailand (SAT), Gongsak Yodmani, memberi keyakinan tentang persediaan, selaku tuan rumah, diaturkan secara rapi bagi memastikan temasya dwitahunan edisi ke-33 itu berjalan dengan lancar.
Katanya, mereka mempunyai beberapa penginapan dan juga kemudahan sukan bertaraf dunia, justeru tidak akan membina infrastruktur baharu tetapi sebaliknya mengubah suai atau menaik taraf kemudahan sukan yang sedia ada termasuk venue utama, Stadium Rajamangala.
Selain venue pertandingan, katanya, mereka tidak merancang membina Perkampungan Sukan bagi menempatkan atlet dan pegawai kerana bercadang menginap mereka di asrama universiti atau hotel di tiga bandar tersebut.
"Tiada infrastruktur baharu kerana kami cuba melakukan segala-galanya dalam bajet yang terhad, tetapi ia mesti dilakukan dengan standard yang tinggi (pengubahsuaian tempat).
"Kami yakin boleh menyediakan persiapan terbaik bagi setiap negara untuk datang dan menikmati bukan sahaja pertandingan tetapi juga layanan dan keharmonian kami kepada seluruh delegasi dan kontinjen negara ASEAN," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Sementara itu, Gongsak berkata mereka masih belum memuktamadkan bilangan acara sukan dan venue yang akan ditampilkan kerana ini akan dibincangkan kemudian dengan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF).
Bagaimanapun, beliau membayangkan kebanyakan acara sukan akan berlangsung di Bangkok manakala acara sukan air di Chonburi dan bola sepak dan sepak takraw di Songkhla.
Sukan SEA 2025 merupakan kali keenam Thailand menganjurkan temasya dwitahunan itu selepas kali terakhir pada edisi 2007 di Nakhon Ratchasima.
Sebelum ini, SEAGF memilih Malaysia sebagai tuan rumah pada 2027, dikuti Singapura pada 2029.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023
Penari Tradisional dari Thailand ketika membuat persembahan pada sidang media Thailand sebagai tuan rumah Sukan SEA ke-33 oleh Gabenor pihak berkuasa sukan Thailand Gongsak Yodmani. - Bernama
Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.
Suspek letupan Cybertruck di luar hotel Trump seorang veteran perang - FBI
Tiada petunjuk menunjukkan kaitan dengan serangan lain atau mana-mana organisasi pengganas.
Heret pihak tarik balik tuntutan Batu Puteh ke mahkamah - Onn Hafiz
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berakta pihak yang terbabit menarik balik permohonan semakan tuntutan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan perlu diheret ke muka pengadilan.
Penularan COVID-19 terkawal, tiada varian baharu – KKM
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.
Pandu secara berbahaya berhampiran sekolah, pemandu lori serah diri
Lelaki berusia 65 tahun itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban jam 6.20 petang selepas dua jam pengguna jalan raya memuat naik video berkenaan di media sosial.
Hakim tetapkan tarikh hukuman Trump pada 10 Januari depan
Mahkamah menetapkan Jumaat depan sebagai tarikh hukuman melibatkan Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump membabitkan bayaran wang sogokan kepada seorang bintang lucah.
Letupan luar hotel: Suspek kemungkinan alami gangguan tekanan - FBI
Penyiasat telah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab terhadap letupan Tesla Cybertruck di luar Hotel Trump di Las Vegas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis cari tayar punca kemalangan ragut 7 nyawa
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, berkata tayar lori tersebut tidak ditemui semasa siasatan di lokasi kejadian.
AS rancang urusniaga penjualan senjata kepada Israel
Amerika Syarikat bercadang melaksanakan urusniaga penjualan senjata bernilai lapan bilion dolar kepada Israel dan perkara itu sudah dimakumkan kepada kongres.
PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.