KUALA NERUS: Pasukan bola sepak Terengganu FC (TFC) sah melepaskan pemain import tengah kelahiran Croatia, Dolmagoj Pusic susulan prestasi hambar dan gagal mencapai standard ditetapkan Ketua Jurulatih Tomislav Steinbruckner.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Ab Rasid Jusoh berkata Pusic hadir sebagai pemain import berpotensi tinggi pada awal musim, namun gagal mempamer prestasi cemerlang untuk membantu pasukan ke tahap tertinggi dalam Liga Malaysia (Liga M).
"Pusic hanya mampu bertahan setengah musim. Kami terpaksa melepaskan beliau secara rasmi hari ini untuk memberi ruang kepada pemain lain yang diharap dapat memberi impak besar kepada pasukan," katanya.
Menurutnya skuad Penyu mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas semua jasa Pusic sepanjang beliau menyarung jersi pasukan hitam putih.
Selain itu, Ab Rasid turut mengumumkan dua pemain TFC iaitu Muhammad Faiz Mohd Nasir dan Muhammad Azarul Nazarith Azhar telah dipinjamkan ke pasukan Kelantan FC hingga akhir musim ini.
"Untuk rekod Azarul mempunyai kontrak bersama TFC hingga hujung tahun ini, manakala Faiz hingga 2024," katanya.
TFCSB sebelum ini turut mengumumkan kehadiran pemain import kelahiran Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov bagi memperkuat skuad Penyu mengharungi baki saingan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala Konfederasi Asia (AFC) pada September ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Skuad Penyu mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas semua jasa Pusic sepanjang beliau menyarung jersi pasukan hitam putih. - Foto Facebook Terengganu FC
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Operasi Ribut Al-Aqsa mimpi ngeri buat Israel - Penganalisis Arab
Seorang penganalisis Arab percaya bahawa Operasi Ribut Al-Aqsa, yang dilancarkan oleh pergerakan perjuangan Palestin, Hamas, mencetuskan perubahan ketara dalam persamaan pertempuran.
Belanjawan 2025: Perak harap peruntukan projek tebatan banjir diluluskan
Perak berharap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang memerlukan peruntukan tinggi mendapat perhatian dalam Belanjawan 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
KPKT laksana pelbagai inisiatif galakkan perbandaran mampan - Nga
Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil pendekatan dengan melaksanakan beberapa inisiatif sebagai usaha utama bagi menggalakkan perbandaran mampan.
AS minta imigran dari empat negara keluar apabila permit tamat
Imigran dari Cuba, Haiti, Nicaragua, dan Venezuela yang memasuki Amerika Syarikat melalui "program parol" perlu meninggalkan negara itu apabila permit dua tahun mereka tamat jika mereka tidak memperoleh cara lain yang sah untuk tinggal, umum pentadbiran Biden pada Jumaat.
Persiapan sedang dilakukan untuk di ibu negara Laos
Persiapan sedang giat dilakukan untuk Laos menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta mesyuarat berkaitan, dengan pihak berkuasa dari pelbagai sektor bersiap sedia untuk menyambut ketibaan pemimpin dan delegasi yang akan menghadiri mesyuarat berkenaan.
Ribuan penduduk dunia berhimpun, solidariti ke atas Palestin
Rangkuman ribuan penduduk dunia mengadakan perhimpunan di negara masing-masing sebagai tanda solidariti ke atas penduduk Gaza ekoran kekejaman Zionis.
Banjir, tanah runtuh ragut 16 nyawa di Bosnia
Hari Jumaat nyata hari yang tragik buat Alka Gusic, apabila dia kehilangan empat ahli keluarganya sekaligus, susulan kejadian tanah runtuh melanda kampung mereka di Donja, Jablanica, di Bosnia.
Selangor FC dan Terengganu FC sepakat tunda aksi
Ia susulan jadual padat Selangor FC yang akan memulakan aksi Liga Juara-Juara Asia 2 menentang Muang Thong United dari Thailand pada 19 Sept.
Liga Super: Terengganu diikat Sri Pahang 1-1
Babak pertama menyaksikan pasukan tuan rumah terlebih dahulu menguji gawang lawan melalui sepakan percuma yang diambil Marin Pilj seawal minit kelima.
Akhyar Rashid muncul wira, pastikan TFC kutip tiga mata
Tuan rumah terdahulu dikejutkan dengan gol pertama pelawat menerusi pemain import dari Sepanyol, Mika Junco.
TFC turun harga tiket hargai penyokong
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) mengumumkan menurunkan harga tiket bagi perlawanan Liga Super antara Terengganu FC (TFC) dengan Negeri Sembilan FC (NSFC).
Bergeson ledak hatrik bantu JDT benam Terengganu 4-0
Jaringan hatrik penyerang berbisa Bergson da Silva membantu juara bertahan Liga Super membenam Terengganu FC 4-0.
TFC tidak jangka menang besar, bawa bekalan selesa ke Sabah
Badrul Afzan mengakui agak terkejut apabila pemainnya mampu berada dalam kedudukan selesa pada separuh masa pertama dengan empat jaringan.
Piala FA: Terengganu berpesta gol, Penang bawa bekalan tipis ke Alor Setar
Keputusan itu menyaksikan finalis Piala FA 2022 itu membawa bekalan selesa ke tempat lawan pada aksi suku akhir kedua 6 Julai depan.
Perak FC enggan terluka lagi di tangan TFC
Katanya, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu telah mencipta enam jaringan selain hanya bolos sekali dalam tiga aksi Liga Super.
TFC di kedudukan teratas liga, benam Kelantan 3-0
Pasukan tuan rumah memperoleh jaringan pertama menerusi pemain import kelahiran Nigeria, Ismaheel Akinade pada minit ke-35.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.