KUALA NERUS: Penolong ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali tidak menyangka anak buahnya mampu meraih kemenangan besar mengatasi Sabah FC pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam tadi.
Beliau memang mengharapkan kemenangan sebagai bekalan ke Sabah untuk aksi suku akhir kedua, namun agak terkejut apabila pemain mampu berada dalam kedudukan selesa pada separuh masa pertama dengan empat jaringan.
"Ketua jurulatih (Tomislav Steinbruckner) telah memberi kepercayaan 100 peratus kepada saya untuk mengendalikan perlawanan ini kerana beliau sedang menjalani kuarantin akibat COVID-19.
"Perkara pertama yang saya pesan kepada pemain ialah supaya jangan cepat hilang bola dan jangan letakkan tekanan walaupun bermain di laman sendiri.
"Alhamdulilah semua pemain memberi kerjasama dan rezeki kita menang besar pada malam ini (malam tadi)," katanya selepas aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Sabah FC di SSMZA malam tadi.
Pada perlawanan itu, skuad Penyu melakar kemenangan 4-0, mengatasi skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee menerusi jaringan Ismaheel Akinade (dua gol), Manuel Ott dan Marin Pilj.
TFC akan berdepan Sabah di tempat lawan pada 6 Julai depan, dan Badrul Afzan berharap para pemain kekal fokus pada perlawanan itu nanti.
Sementara itu, Kim Swee berkata kekalahan Sang Badak pada aksi semalam menyebabkan laluan mereka untuk ke separuh akhir Piala FA menjadi sukar.
"Separuh masa kita dibolosi gol mudah akibat kelalaian dan kelekaan sendiri. Pertahanan tidak bermain seperti selalu menyebabkan TFC yang memiliki barisan serangan mantap menyempurnakan peluang dengan baik.
"Namun, kita tidak boleh berputus asa. Kita akan buat perancangan terbaik untuk aksi di Stadium Likas nanti. Pemain harus bangkit untuk cipta kemenangan besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Badrul Afzan pada sidang media selepas perlawanan suku akhir pertama Piala FA menentang Sabah FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam tadi. --fotoBERNAMA
Pengajian tinggi percuma diperluas kepada UiTM Sarawak
Tidak lagi terhad kepada institusi milik kerajaan Sarawak, inisiatif pendidikan tinggi percuma akan diperluaskan kepada warga Sarawak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negeri itu.
2,000 anggota APM diatur gerak ke Sabah, Sarawak
Seramai 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri Sabah dan Sarawak terlibat dalam kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas banjir.
LKIM digesa lebih proaktif bantu nelayan di Kalabakan
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) supaya lebih proaktif membantu nelayan, khususnya dalam memastikan mereka menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
Penolong Pegawai Perubatan akan diberi kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Tenom rekod peningkatan mangsa
Pertambahan jumlah mangsa banjir di negeri ini menjadikan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 24 pusat.
NADMA diminta perkemas kekuatan, pastikan bantuan disalurkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta NADMA memperkemas penyelarasan kekuatan jentera persekutuan dan negeri bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara berterusan.
Semua PPS ditutup, semua penduduk pulang
Banjir di utara Sarawak telah pulih sepenuhnya dengan keempat-empat PPS yang dibuka sebelum ini ditutup.

JIM Kuala Lumpur serbu dua klinik tawar pembedahan kosmetik dikendali warga asing
Serbuan itu turut disertai pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.

Piala Presiden: Badrul fokus tanpa tonggak
Dibarisi 70 peratus muka baru, faktor pengalaman dijangka membezakan TFC III yang turun selaku juara bertahan dengan pasukan-pasukan lain.