
Penghalang terakhir mereka dalam merebut gelaran esok ialah beregu Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae. - Stadium Astro
BEREGU negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Jepun BWF selepas menewaskan gandingan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, dengan straight set, sebentar tadi.
Bagaimanapun, Sze Fei-Nur Izzuddin tidak diberikan jalan mudah sepanjang permainan oleh beregu berpengalaman yang dibentuk itu sebelum menang 21-19, 21-17.
Penghalang terakhir mereka dalam merebut gelaran esok ialah beregu Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae, yang merupakan pilihan ketiga kejohanan. --
Stadium Astro
