TURUN dengan misi untuk kekalkan momentum dan persembahan terbaik usai perjuangan di Olimpik Paris pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan dan M Thinaah turun ke gelanggang badminton di Yokohama Kanagawa dalam misi isi slot ke suku akhir.

Pearly-Thinaah menerima cabaran dari beregu yang kini menghuni ranking ke-50 dunia dari Denmark iaitu Julie Finne-Ipsen dan Mai Surrow.

Pasangan negara cemerlang di set pertama apabila mudah menamatkan aksi dengan keputusan 21-11.

Namun skrip berbeza berlaku pada set kedua apabila beregu Denmark berjaya mengguris ego Pearly-Thinaah untuk kedudukan pendahuluan 5-2 menjadi milik mereka pada satu ketika.

Namun demi semangat membara bawa nama negara, beregu utama negara berjaya bangkit menyamakan kedudukan 20-20 sekali gus membenam cabaran beregu dari Denmark itu dengan keputusan berkesudahan 22-20.

Di suku akhir Pearly-Thinaah bakal menerima cabaran daripada pemenang dalam satu lagi aksi pusingan kedua antara Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China atau Rui Hirokami-Yuna Kato dari Jepun. -- Stadium Astrro