BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong BWF apabila mengatasi gandingan Taiwan, Lee Jhe Huei-Tang Po Hsuan di Kowloon sebentar tadi.
Selepas mendapat laluan percuma susulan penarikan diri rakan senagara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dalam aksi pusingan pertama semalam, Sze Fei dan Nur Izzudin, yang kembali bergandingan pada Jun lalu, mempamerkan aksi dominan untuk mudah melakar kemenangan secara set langsung.
Bahkan, mereka tidak pernah ketinggalan sejak meraih mata pertama untuk menamatkan set pembukaan dengan kemenangan 21-13.
Tentangan lebih hebat dihadapi gandingan negara itu dalam set kedua tetapi sebaik berhasil mengikat kedudukan 11-11, Sze Fei dan Nur Izzuddin tidak lagi memandang ke belakang untuk mengakhiri pertarungan selama 31 minit itu dengan kemenangan 21-15.
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu pilihan kelapan dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin, dan pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Shin Baek Chol, bagi penentuan ke separuh akhir esok.
Astro Arena
Thu Sep 14 2023

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong BWF menewaskan Lee Jhe Huei-Tang Po Hsuan di Kowloon, Hong Kong. - Foto Facebook BAM

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.

Program RTG: Satu bonus buat Fei-Din
Razif mengingatkan juara Terbuka India Super 750 itu supaya bijak merangka perancangan jangka panjang bagi menghindari 'sindrom lesu awal'.

Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri.

Terbuka India: Sze Fei-Nur Izzuddin berdepan saingan sengit
Beregu nombor dua dunia itu akan menentukan tempat ke separuh akhir menentang pasangan kembar dari Taiwan, Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen.

Sze Fei-Nur Izzuddin kini ranking kedua dunia, beregu lelaki nombor satu negara
Finalis Badminton Final Jelajah Dunia BWF musim lalu itu memperbaharui ranking terkini apabila melonjak ke tempat kedua dunia.

Lonjak empat anak tangga, FeiDin kini beregu ketiga dunia
Sze Fei-Izzuddin menamatkan musim 2024 dengan muncul sebagai naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China.

Ranking Pang Ron-Su Yi naik mendadak selepas prestasi cemerlang
Ranking beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yi meningkat ketara mengikut kemas kini carta kedudukan Kesatuan Badminton Dunia (BWF).

Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.

Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.

TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka China
Ahmad Zahid menyifatkan kemenangan ke atas He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada aksi final semalam sebagai suatu yang bukan mudah untuk digapai.