NEW YORK: Novak Djokovic menewaskan Alexandre Muller 6-0, 6-2, 6-3 ketika kembali ke Terbuka AS pada Isnin malam sekali gus berada di kedudukan teratas ranking dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Djokovic hanya mengambil masa 1 jam 35 minit untuk mengetepikan pemain Perancis Muller untuk menurunkan kedudukan Carlos Alcaraz sebagai pendahulu ranking, walaupun jika pemain Sepanyol itu memenangi gelaran itu sekali lagi.
Ini kerana Djokovic tidak mempunyai mata untuk dipertahankannya pada grand slam New York di mana beliau tidak bermain tahun lalu kerana peraturan COVID-19 Amerika Syarikat yang menafikannya masuk ke negara itu.
Djokovic akan memulakan minggu ke-390 dengan rekod berada di puncak ranking ATP apabila senarai baharu dikeluarkan.
Perlawanan Isnin hanya bermula pada pukul 11 malam kerana perlawanan sebelumnya agak panjang, dan satu majlis turut diadakan di Arthur Ashe Court.
"Kami bermula sangat lewat tetapi saya teruja dapat turun ke gelanggang," kata Djokovic.
"Saya percaya saya bermain hebat dari awal hingga akhir. Beberapa gangguan, tetapi saya suka tahap itu. Harap saya dapat mengekalkannya pada pusingan seterusnya juga."
--BERNAMA-dpa
Bernama
Tue Aug 29 2023

Novak Djokovic menewaskan Alexandre Muller 6-0, 6-2, 6-3 ketika kembali ke Terbuka AS pada Isnin malam sekali gus berada di kedudukan teratas ranking dunia. - Foto REUTERS

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Novak Djokovic dakwa ‘diracun’ semasa ditahan di Melbourne pada 2022
Dakwa Djokovic, dia telah "diracun" melalui makanan yang dijamu di sebuah hotel di Melbourne.

Djokovic derma kemenangan emas Olimpik buat misi kemanusiaan
Juara Grand Slam 24 kali itu jelas beremosi selepas memastikan kemenangan untuk negaranya dengan kemenangan 7-6 7-6 ke atas pesaingnya.

Djokovic, Alcaraz berentap di pentas final tenis Olimpik 2024
Djokovic menewaskan pemain Itali, Lorenzo Musetti, manakala Alcaraz menyingkirkan pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime.

Olimpik Paris 2024: Impian Nadal berakhir selepas kekalahan teruk kepada Djokovic
Rafael Nadal terpaksa melupakan impian untuk menambah koleksi pingat di Sukan Olimpik selepas tewas kepada Novak Djokovic 6-1, 6-4.

Sensasi Alcaraz pertahan gelaran Wimbledon
Di sebalik kemenangan 6-2, 6-2, 7-6(4), Alcaraz tetap percaya lawan dari Serbia itu kekal sebagai 'Superman' dalam arena tenis dunia.

Djokovic tewas peringkat separuh akhir Tenis Terbuka Australia
Novak Djokovic tumpas kepada pemain Itali Jannik Sinner di peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka Australia.

Tenis Terbuka Australia: Djokovic berang provokasi 'sang pengecut'!
Djokovic sedikit terusik dengan kata-kata nista yang seakan cuba untuk merapuhkan semangat berkobar-kobar juara 10 kali kejohanan itu.

Piala Davis: Jannik Sinner bantu Itali julang kejuaraan pertama sejak 1976
Pemain nombor empat dunia itu menewaskan Djokovic dan kemudiannya Alex De Minaur pada hari Ahad untuk meraih kemenangan 2-0.

Djokovic menang jelajah akhir ATP ketujuh di Itali
Novak Djokovic memenangi kejuaraan Jelajah Akhir ATP ketujuhnya dengan penuh bergaya, menewaskan pemain tuan rumah Jannik Sinner.

Sensasi gelaran Grand Slam ke-24 Djokovic
Pemain Serbia itu menewaskan Daniil Medvedev 6-3, 7-6 (7/5), 6-3.