PEMAIN pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab memohon maaf selepas tindakannya menendang pengadil ketika perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad.
Menurut Yazan, dia akan menjadikan insiden itu sebagai pengajaran dan berjanji perkara itu tidak akan berulang lagi.
"Saya memohon maaf kepada peminat dan rakan sepasukan saya.
"Ia berlaku kerana keadaan ketika itu dan tekanan psikologi. Sepupu saya juga telah meninggal dunia beberapa minggu lalu.
"Saya tahu bahawa ini bukan alasan untuk saya melakukan apa yang saya lakukan, dan ia bukan watak saya atau apa yang saya pelajari daripada Islam," katanya dalam satu hantaran di laman Instagramnya pada Selasa.
Insiden Yazan menendang pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Mohd Amir itu berlaku selepas tamat perlawanan yang menyaksikan Selangor tewas kepada Terengganu FC dengan agregat 3-1 dan gagal mara ke perlawanan separuh akhir.
Video Yazan menendang pengadil itu juga tular di media sosial yang menyaksikan pemain import dari Jordan itu terlebih dahulu berkata sesuatu dan menolak Mohd Hasrol, sekali gus dia dilayangkan kad merah.
Bagaikan tidak berpuas hati, Yazan dilihat menendang Mohd Hasrol sebelum dia ditenangkan oleh rakan sepasukan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 27 2023

Yazan dilihat menendang Mohd Hasrol sebelum dia ditenangkan oleh rakan sepasukan. - Gambar/ Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tendang pengadil: FAM tetap perlu hukum Yazan
FAM tetap perlu mengenakan hukuman terhadap bekas tonggak pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab biarpun pemain itu telah ditamatkan kontrak kelab tersebut.

Tendang pengadil: Selangor FC tamatkan khidmat Yazan Al-Arab
Selangor FC berkata, pihaknya telah menjalankan satu prosiding tatatertib melibatkan insiden berkenaan sebelum keputusan itu dibuat.

Tendang pengadil, Yazan minta maaf
Pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab memohon maaf selepas tindakannya menendang pengadil ketika perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad.

Tendang pengadil: Selangor FC mungkin terlepas khidmat Yazan
Tonggak pertahanan import kelahiran Russeifa, Jordan berusia 27 tahun itu dijangka berdepan hukuman berat selepas dengan sengaja menendang pengadil perlawanan Mohd Hasrol Mohd Amir.