SEPANG: Mengakui tampil ke Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai skuad 'underdog', pemanah recurve negara Ariana Nur Dania Mohamad Zairi tetap optimis kem memanah negara mampu menjelmakan sekurang-kurangnya satu pingat di temasya sukan berprestij itu.
Atlet berusia 19 tahun itu berkata bagi sukan memanah setiap atlet hanya akan bersaing dengan diri sendiri dalam usaha mengawal emosi dan taktik bidikan untuk memburu podium di pentas terbesar itu kelak.
Katanya, oleh itu adalah tidak mustahil untuk kem memanah negara menaiki podium sekali gus memperoleh pingat untuk disumbang ke kontinjen Malaysia di temasya sukan empat tahun sekali itu.
"Tidak mustahil untuk kami bawa balik sesuatu dari Paris, mungkin pingat dari acara berpasukan insya-Allah ataupun seorang dari kami akan bawa balik pingat bagi individu, tidak mustahil lah bagi saya
"Bagi saya kami akan lawan diri sendirilah mungkin dari segi macam mana kami kawal diri dekat sana nanti mungkin kita boleh memperbaiki dari segi bidikan ke ataupun skor kami di sana," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Paris semalam bagi temasya Sukan Olimpik Paris yang akan membuka tirainya 26 Julai ini.
Ariana berlepas ke Paris bersama dua lagi atlet memanah Nurul Azreena Mohamad Fazil dan Syaqiera Mashayikh bersama ketua jurulatih Lee Jae-hyung, seorang pengurus pasukan dan seorang pegawai perubatan.
Dalam pada itu, Ariana turut menyasarkan untuk sekurang-kurangnya memperbaharui catatan peribadi terbaiknya di Paris kelak.
"Latihan dua minggu di Korea Selatan sebelum ini membantu kami, dapat belajar dan tengok bagaimana pemanah luar negara berlatih dan belajar tenangkan diri di sana...akan guna pendekatan sama di Olimpik nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024

Ariana menyasarkan untuk sekurang-kurangnya memperbaharui catatan peribadi terbaiknya di Sukan Olimpik Paris 2024 kelak. - Gambar fail/BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Tak mustahil kem memanah hadirkan pingat buat negara - Ariana
Katanya, bagi sukan memanah setiap atlet hanya akan bersaing dengan diri sendiri dalam usaha mengawal emosi dan taktik bidikan.

Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.

Olimpik Paris 2024: Ariana Nur Dania mahu 'berkampung' di Korea Selatan
Katanya, pendedahan berlatih di luar negara amat penting baginya, memandangkan beliau hanya pernah beraksi sebanyak dua kali di luar negara.

Dorongan, doa ibu bawa Ariana ke pentas Sukan Olimpik
Mula berjinak sebagai atlet seawal usia 10 tahun, Ariana kini enggan menoleh ke belakang dan terus memburu impiannya.