NILAI: Atlet memanah recurve negara Ariana Nur Dania Mohamad Zairi mahu 'berkampung' di Korea Selatan, bagi melakukan persediaan terbaik sebelum menggalas cabaran negara pada Sukan Olimpik Paris 2024, yang akan bermula 26 Julai hingga 11 Ogos.
Pemanah berusia 19 tahun yang akan membuat penampilan sulung dalam temasya berprestij itu berkata pendedahan berlatih di luar negara amat penting baginya, memandangkan beliau hanya pernah beraksi sebanyak dua kali di luar negara iaitu di Thailand dan Ireland.
Walaupun mengakui agak gementar untuk berlatih di Korea Selatan, Ariana Nur Dania berkata ia merupakan pengorbanan yang perlu dilakukan sebagai seorang atlet, sekiranya mahu membuahkan hasil buat Malaysia di persada antarabangsa.
"Kita berbincang (bersama Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin) mengenai latihan di luar negara (Korea Selatan) sebelum ke Paris, kerana bagi saya sukan memanah nombor satu di Korea Selatan, selain pendedahan di luar negara sangat penting bagi saya. Respons beliau sangat positif (namun masih menunggu keputusan).
"Ritma mereka (atlet Korea Selatan) sangat baik semasa membuat panahan dan cara mereka mengawal emosi sangat tenang. Sesetengah (pemanah) mungkin agak gelabah, namun cara atlet Korea Selatan sangat baik," katanya selepas menerima kunjungan Hamidin di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara di sini semalam.
Pertemuan itu juga membincangkan keperluan pelajar Kejuruteraan Mekanikal di German-Malaysian Institute (GMI), Selangor itu untuk membawa peralatan memanah tambahan ke Paris, sebagai persediaan menghadapi insiden di luar jangka.
Beliau juga akan menyertai tiga kejohanan antarabangsa iaitu Piala Dunia Shanghai, China (April); Piala Dunia Yecheon, Korea Selatan (Mei); dan Piala Dunia Antalya, Turki (Jun), selain kejohanan kebangsaan di Shah Alam, Selangor yang bermula Rabu ini (28 Feb), sebagai persediaan ke temasya empat tahun sekali itu.
"Sejak layak hari itu, jurulatih telah memberitahu saya akan sertai tiga kejohanan antarabangsa dan satu kejohanan kebangsaan. Patutnya saya sertai kejohanan di Iraq bulan ini (namun ada masalah visa).
"Kecewa sikit (tidak pergi Iraq) tapi takpalah sebab jurulatih juga sudah sahkan kejohanan lain. Setakat ini saya hanya fokus latihan dan apa yang perlu dibaiki," katanya.
Sementara itu, jurulatih memanah negara Muhammad Marbawi Sulaiman berharap masih ada atlet negara yang mampu melayakkan diri ke Paris 2024, apabila Piala Dunia Antalya, Turki Jun ini menjadi medan terakhir untuk slot ke Olimpik.
"Dalam podium kita ada empat atlet negara, tapi nanti masa kelayakan itu kita akan pilih lagi dua yang akan pergi bersama Ariana Nur Dania," katanya.
Ariana Nur Dania mengesahkan tiket Olimpik menerusi Kejohanan Benua Asia di Bangkok, Thailand 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
![Olimpik Paris 2024: Ariana Nur Dania mahu 'berkampung' di Korea Selatan Olimpik Paris 2024: Ariana Nur Dania mahu 'berkampung' di Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708941876_TBARIANAjpg.jpg)
Ariana Nur Dania ketika ditemui media selepas menjalani latihan di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara, Nilai, 26 Feb 2024. --fotoBERNAMA
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737001510_pingatSukanOlimpi.jpg)
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
![Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024 Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736907180_pingatSukanOlimpi.jpg)
Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.
![Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025 Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721029880_TBNurulIzzahIzzati.jpg)
Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.
![Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733029626_LeeZiiJia.jpg)
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
![Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732950698_LeeZiiJia.jpg)
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
![Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024 Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731493742_AzizulHasniAwang.jpg)
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
![KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730970297_HannahYeoh.jpg)
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
!['Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik' 'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730455487_TBParis.jpg)
'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.
![Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729898092_BonnieBunyauGustin.jpg)
Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.
![Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan' Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728013788_TBKimYeji.jpg)
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.