Berbaki dua bulan menuju ke Sukan SEA Kemboja pada Mei, skuad taekwondo negara akan berkampung di Korea selama tiga minggu sebagai persiapan fasa akhir.
Gandingan campuran taekwondo poomsae negara, Nurul Hidayah Abdul Karim dan Jason Loo menjadi sandaran utama mempertahan pingat emas selepas meraih gelaran juara pada edisi 2019 di Filipina.
Turut mengekalkan rekod baik apabila melakar kejutan memenangi pingat perak Kejohanan Dunia di Korea Selatan pada tahun lalu.
Dalam perkongsian bersama Nadi Arena, Hidayah dan Jason percaya kem latihan di Korea mampu menjadi nilai tambah kepada lonjakan prestasinya di temasya kali ini.
"Di Korea ketika ini merupakan musim pertandingan, namun kami ke sana untuk menyertai sesi latihan sekaligus dijadikan sebagai simulasi pertandingan sebenar," kata Hidayah.
"Apabila ke sana, kami perlu memastikan berada di tahap terbaik sekali gus menjadikan peluang sebagai meningkatkan tahap keyakinan serta motivasi untuk menghadapi Sukan SEA nanti," kata Jason.
Astro Arena
Fri Mar 31 2023

Hidayah dan Jason percaya kem latihan di Korea mampu menjadi nilai tambah kepada lonjakan prestasinya di temasya kali ini. - Gambar Stadium Astro
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.

PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.