KUALA LUMPUR: Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi di Vietnam Datuk Nur Azmi Ahmad menyifatkan sasaran 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa ditetapkan pada temasya Sukan dwitahunan itu mampu dicapai.
Beliau berkata sasaran diumumkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu tidak menjadi masalah kepada kontinjen negara yang dibarisi kombinasi atlet muda dan senior.
Menurutnya sasaran emas tersebut telah dijangkakan berdasarkan pemerhatian pada bengkel penetapan sasaran pingat sebelum ini dengan rata-rata persatuan sukan berhati-hati dalam memuktamadkan sasaran.
"Mungkin sebab masih dalam fasa percubaan atau mungkin (dipengaruhi) tempoh dah lama tak beraksi, tetapi saya percaya semua persatuan atau pasukan mahukan pingat emas tapi mereka pun berhati-hati.
"Jadi secara dasar kita tengok dari apa yang dikumpulkan, kita ambil yang terbaik dengan apa yang kita ada ketika ini dan mungkin masa pertandingan nanti ia (jumlah pingat) akan berubah dari hari ke hari," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi, semalam.
Sementara itu, pembawa Jalur Gemilang di Vietnam Nur Dhabitah Sabri percaya, jumlah sasaran itu dibuat selepas mengambil kira segala aspek kekuatan dan kekurangan kontinjen negara pada edisi kali ini.
"Saya fikir sasaran itu bukan sesuatu yang dibuat sesuka hati, mesti ada kiraannya dan mereka percaya kami (atlet) untuk capai sasaran tersebut.
"Tetapi saya pun tak nak memberi tekanan kepada rakan-rakan kontinjen sendiri, saya cuma harap mereka dapat berikan terbaik, anggap semuanya ibarat sesi latihan dan nikmati keseronokan semasa pertandingan," kata atlet terjun negara itu.
Sukan SEA Hanoi dijadual berlangsung dari 12 hingga 23 Mei ini.
Semasa Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina, kontinjen negara mengutip 56 emas, 57 perak dan 72 gangsa, jauh tersasar berbanding sasaran 70 emas, 51 perak dan 105 gangsa seterusnya menduduki tangga kelima keseluruhan berbanding sasaran tempat keempat.
Tuan rumah, Filipina dinobatkan juara diikuti Vietnam (kedua), Thailand (ketiga) dan Indonesia keempat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022

Nur Azmi berkata sasaran diumumkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu tidak menjadi masalah kepada kontinjen negara yang dibarisi kombinasi atlet muda dan senior. - Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.

PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.