KUALA LUMPUR: Atlet atau pegawai yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam yang dijadual berlangsung 12 hingga 23 Mei ini, diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menjadikan COVID-19 sebagai alasan, untuk menutup kegagalan membawa pulang pingat.
Sehubungan itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi Datuk Nur Azmi Ahmad mahu semua pihak terlibat memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan, bagi mengurangkan risiko dijangkiti wabak tersebut.
Beliau turut berharap kem negara mampu mencapai sifar kes COVID-19 sepanjang temasya dwitahunan itu berlangsung, supaya barisan atlet dapat bertanding pada tahap prestasi terbaik, sekali gus membantu kontinjen negara mencapai kejayaan gemilang.
"Kalau nak jadi juga (dijangkiti COVID-19) kita tak boleh buat apa, tapi mereka kena segera pulih dan saya rasa bagi seorang ahli sukan itu tidak ada masalah.
"Sasaran 31 pingat emas juga tidak begitu menjadi masalah, kita berdoa tiada kes COVID-19 melibatkan atlet kita. Kalau semuanya lancar saya rasa pingat akan diraih satu demi satu," katanya kepada pemberita pada sesi lawatan dan perjumpaan bersama skuad bola keranjang negara di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) di sini, pada Khamis.
Sementara itu, Nur Azmi berkata pihaknya bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN), merancang untuk membuka 'hospital mini' di Hanoi bagi menempatkan atlet yang dijangkiti COVID-19, dan memantau tahap kesihatan mereka.
Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi dibarisi seramai 883 orang terdiri daripada 604 atlet dan 279 pegawai, dengan sasaran awal ditetapkan adalah 79 pingat merangkumi 31 emas, 19 perak dan 29 gangsa.
Bagaimanapun, sasaran sebenar pingat dan pembawa bendera kontinjen negara akan diumumkan dalam masa terdekat, dengan majlis penyerahan Jalur Gemilang dijangka diadakan pada minggu hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi Datuk Nur Azmi Ahmad mahu semua pihak terlibat memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan, bagi mengurangkan risiko dijangkiti wabak tersebut.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.

PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.