PHNOM PENH: Nasib sama ada memang atau kalah menanti skuad hoki dalam dewan Indonesia ketika aksi terakhir kumpulan menentang penyandang juara, Malaysia pada Sukan SEA 2023, di sini, esok.

Jurulatih Indonesia Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata tiga mata adalah perkara yang paling penting buat pasukannya dalam usaha menggondol emas sulung dalam acara itu pada temasya dwitahunan itu.

Beliau berkata nasib Indonesia sangat bergantung pada keseimbangan berikutan kekalahan menyayat hati 2-3 ketika menentang juara 2017, Thailand, semalam dalam pertandingan mendebarkan berlangsung di Dewan Taman Dinosaur, Chrroy Changvar, di sini

"Saya ibaratkannya sebagai dua nyawa, jika kita tewas yang pertama (menentang Thailand) kita mempunyai yang peluang kedua menentang Malaysia. Malaysia hanya memerlukan keputusan seri untuk ke final, jadi kita perlu menewaskan mereka," katanya ketika ditemui, di sini.

Sambil mengakui Malaysia terlalu kuat dalam kedua-dua kategori hoki padang, beliau berkata adalah penting bagi pemainnya untuk mengecewakan skuad hoki dalam dewan wanita negara yang dibimbing Mohd Badrul Hisham Osman.

Muhammad Dharma Raj, yang dilantik sebagai Pengarah Teknikal Pasukan Kebangsaan Indonesia pada 2021, tidak asing buat Malaysia apabila beliau membantu skuad negara merangkul emas dalam Sukan SEA 2019 selepas menewaskan Thailand 2-0 dalam penentuan pukulan penalti.

Selepas empat perlawanan, Thailand kini mengungguli kumpulan berdasarkan perbezaan jaringan yang lebih baik walaupun mereka mengumpul 10 mata bersama Malaysia diikuti Indonesia di tempat ketiga dengan sembilan mata manakala Singapura di tempat keempat (tiga mata), Kemboja di tempat kelima (tiga mata). dan Filipina tercorot tanpa sebarang mata.

Kejohanan hoki di dalam dewan berlangsung secara format round-robin, dengan dua pasukan teratas mara ke playoff pingat emas manakala pasukan tempat ketiga dan keempat akan berkongsi pingat gangsa.

Pada Kejohanan Hoki Tertutup Piala Asia 2022 di Bangkok, Thailand, Indonesia menumbangkan Malaysia 1-0 pada separuh akhir sebelum memenangi pingat gangsa dengan menewaskan Kazakhstan 2-0 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.

Pada Kejohanan Hoki Tertutup Piala Asia 2022 di Bangkok, Thailand, Indonesia menumbangkan Malaysia 1-0 pada aksi separuh akhir sebelum memenangi pingat gangsa dengan menewaskan Kazakhstan 2-0 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.

-- BERNAMA