HANOI: Selepas 16 hari saingan Sukan SEA Ke-31 berlangsung sejak 6 Mei, Malaysia berjaya mengatasi sasaran 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa dengan merangkul 39-45-90 pingat, sekali gus meraih tempat keenam keseluruhan.
Syabas kepada semua atlet dan jurulatih yang berusaha keras dan berjuang habis-habisan untuk mencapai sasaran tersebut di bawah pengurusan Ketua Kontinjen Datuk Nur Azmi Ahmad, selepas terpaksa mengharungi pelbagai cabaran termasuk pandemik COVID-19.
Tahniah kepada persatuan sukan kebangsaan (NSA), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua pihak terlibat dalam perancangan dan persediaan atlet ke temasya dwitahunan itu, yang diadakan buat kali pertama sejak pandemik 'menghantui' arena sukan bermula Mac 2020.
Pujian harus diberikan kepada sukan berjaya menepati sasaran seperti terjun yang meraih lapan emas, tiga perak dan satu gangsa; olahraga (5-3-8); karate (4-0-6); berbasikal (2-3-3); gimnastik artistik (2-1-2); gimrama (2-1-0); golf (2-1-1); menembak (2-2-0); wushu (2-1-2); badminton (1-2-1) dan taekwondo (1-1-3).
Satu rekod temasya berjaya dicatat menerusi Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin dalam acara 10m air pistol wanita, manakala lapan rekod kebangsaan berjaya dileburkan menerusi olahraga (lempar cakera wanita, 4x100m lelaki, hepthatlon); renang (1,500m gaya bebas wanita, 50m gaya bebas lelaki, 4X200m gaya bebas lelaki); dan angkat berat (50kg dan 73kg lelaki).
Namun, pencapaian keseluruhan kontinjen Malaysia bukan sesuatu boleh diraikan dengan megah jika diteliti secara mendalam, dan dibandingkan dengan pencapaian negara-negara lain di rantau ini.
Vietnam seperti dijangka muncul juara keseluruhan dengan merangkul rekod 205-125-116 pingat iaitu 39.05 peratus daripada 525 emas ditawarkan, diikuti Thailand 15.54 peratus (92-103-136), Indonesia 13.14 peratus (69-91-81), Filipina 9.90 peratus (52-70-104) dan Singapura 8.95 peratus (47-46-73) untuk melengkapkan kedudukan lima terbaik.
Kejayaan 39 emas dimenangi Malaysia bersamaan dengan 7.43 peratus emas dipertandingkan, memberikan indikasi Malaysia bukanlah kuasa besar sukan di Asia Tenggara, jika ditolak tepi sukan tradisional seperti vovinam, kurash dan kick boxing.
Sukan teras seperti renang yang hanya meraih satu dari 40 pingat emas dipertandingkan, olahraga (5 daripada 47 emas ditawarkan), menembak (2/22), taekwondo (1/19), memanah (2/10), kanu (0-19), lawan pedang (0/12) dan angkat berat (0-14), sepatutnya menyumbangkan lebih banyak peratusan emas yang ditawarkan.
Pencapaian di Hanoi ini, kali kedua Malaysia tidak berada di kedudukan lima terbaik dalam sejarah penganjuran temasya tersebut bermula 1959, yang ketika itu dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP), selepas kali pertama pada edisi 1983 di Singapura.
Ketika merumuskan pencapaian kontinjen negara pada temasya kali ini, Nur Azmi berkata daripada 36 emas disasarkan, hanya 11 sukan menepati sasaran, manakala enam sukan tidak berjaya.
"Renang yang sepatutnya dapat dua emas hanya mendapat satu, memanah (2/3), silat (2/3), petanque (0/2), e-sukan (0/1) dan boling (0/1). Kalau nak kira, sepatutnya sasaran telah dicapai pada Isnin lepas (16 Mei).
"Tetapi apabila sasaran itu gagal dicapai, kita terpaksa tampung balik menggunakan emas bonus dimenangi daripada lapan sukan termasuk golf, karate, wushu, taekwondo, menembak, berbasikal dan gimnastik.
Namun, tahniah kepada semua atlet yang mengharungi pelbagai halangan seperti COVID-19, dan ibu bapa yang benarkan mereka berlatih dan bertanding ketika Ramadan dan hari lebaran," katanya.
Di sebalik kekecewaan pencapaian sederhana kali ini, selain kegagalan beberapa atlet senior dan berpengalaman untuk menaiki podium, pemilihan atlet muda dan kali pertama menyertai Sukan SEA memberi isyarat yang positif dan masa depan yang cerah kepada kemampuan Malaysia, di temasya sukan akan datang.
Daripada 584 atlet mewakili negara pada kali ini, 367 adalah yang pertama kali menyertai Sukan SEA, dengan 39 peratus (142 atlet) berjaya menyumbangkan pingat buat negara dengan 15 emas, 21 perak dan 44 gangsa.
Daripada 119 atlet muda berumur 21 tahun ke bawah, 68 peratus (81 atlet) berjaya menaiki podium dengan memenangi sembilan emas, 17 perak dan 34 gangsa, manakala 51 peratus daripada 225 wanita pula menyumbangkan 14 emas, 16 perak dan 34 gangsa.
Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata prestasi atlet muda seperti perenang Khiew Hoe Yean, 21, (1 emas, 3 perak, 1 gangsa); atlet karate H. Sureeya Sankar, 20, (2 emas); dan atlet lawan pedang berusia 15 tahun Kamalanathan Kaerlan Vinod (1 perak), harus diberi pujian.
"Atlet kali pertama beraksi seperti atlet lompat bergalah wanita Nor Sarah Adi (emas) dan atlet terjun Ong Ker Ying (1 emas, 1 perak), turut menyerlah. Dengan edisi seterusnya bakal berlangsung dalam tempoh kurang setahun di Kemboja, kita akan memulakan kerja-kerja persiapan sebaik pulang ke tanah air.
"Atlet menang pingat di Vietnam akan diberi pilihan utama memulakan program latihan sebaik sahaja kita pulang. Kita juga akan mempertingkatkan usaha memperkukuh program pelapis di peringkat negeri, tingkatkan kualiti Sukan Malaysia (Sukma) dan kaji balik aspek pembangunan 19 jenis sukan teras," katanya.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengarahkan MSN dan semua NSA, untuk menilai semula penglibatan atlet senior dan atlet yang gagal menghasilkan keputusan memuaskan pada temasya kali ini, selain memperkasa lagi sukan-sukan teras.
"Kalau kita terpaksa ambil keputusan sukar menggugurkan mereka, itu terpaksa kita lakukan kerana apa wajar dilakukan selepas ini adalah menyalurkan peruntukan berdasarkan kepada merit pencapaian, bukan lagi berdasarkan reputasi silam yang bukan lagi menjadi gambaran kekuatan terkini sesuatu sukan.
"Jangan leka dengan kemampuan melepasi sasaran ditetapkan pada kali ini, edisi ke-32 di Kemboja akan berlangsung kurang dari setahun, segala persiapan mengejar kegemilangan harus bermula sekarang. Jadikan kebangkitan ramai atlet muda yang membuktikan kemampuan wibawa kali ini sebagai platform untuk 'menjelmakan' mereka," katanya.
Ahmad Faizal juga tidak mahu mana-mana pihak mengatakan beliau menuding jari kepada atlet atau NSA, tetapi ia perlu dilihat sebagai cara untuk meningkatkan prestasi kontinjen negara pada temasya sukan akan datang.
"Saya amat berbangga dengan pencapaian semua atlet, tetapi apa yang kita nak lakukan adalah untuk menilai diri kita untuk jadi lebih baik, tiada sesiapa menyertai temasya untuk berseronok duduk tempat corot," jelasnya.
Acara penutup temasya Sukan SEA Hanoi akan berlangsung malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (tengah) mengarahkan MSN dan semua NSA, untuk menilai semula penglibatan atlet senior dan atlet yang gagal menghasilkan keputusan memuaskan. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.