KUALA LUMPUR: Atlet dan pegawai ke temasya Sukan SEA Hanoi sekali lagi diingatkan supaya tidak mengambil mudah prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Vietnam dan kontinjen negara bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 di sana.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sekiranya terdapat atlet atau pegawai dijangkiti wabak itu, mereka perlu segera mengikut SOP yang disediakan oleh pihak kontinjen termasuk menjalani kuarantin seperti juga ditetapkan negara berkenaan.
Beliau berkata ia merupakan antara langkah terpenting supaya wabak itu tidak merebak kepada individu lain sekali gus berpotensi menjejaskan tahap kesihatan keseluruhan kontinjen.
"Kita telah menyediakan SOP sendiri untuk pastikan jika ada atlet kita yang dijangkiti virus berkenaan, pertamanya tidak menjangkiti atlet lain kerana mereka tinggal dalam perkampungan sama dan juga tidak menjangkiti para atlet dari negara lain.
"Jadi tentunya kita perlu pastikan kita ikut SOP yang telah ditetapkan sendiri dan patuhinya dengan ketat termasuk SOP negara berkenaan (Vietnam)," katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil pada Rabu.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Datuk Nur Azmi Ahmad memberi amaran akan menghantar pulang mana-mana atlet atau pegawai yang didapati mengabaikan SOP ketika di Hanoi.
Terdahulu, pada sidang media sama Ahmad Faizal memaklumkan sasaran kontinjen negara di temasya sukan dwitahunan itu, yang bermula 12 hingga 23 Mei ini, ialah 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa.
Beliau juga berkata hampir kesemua atlet negara menunjukkan semangat yang tinggi untuk menggalas cabaran di Hanoi biarpun terpaksa menyambut Aidilfitri dalam gelembung sukan di MSN.
Ahmad Faizal berkata bagi menghilangkan kerinduan, para atlet bukan sahaja digalakkan menghubungi ahli keluarga malah keluarga juga dibenarkan menziarahi mereka dengan pematuhan SOP yang ketat.
"Namun ramai yang berpendirian tidak mahu keluarga datang kerana mereka ingin benar-benar fokus... tidak langsung memikiran tentang Syawal yang bakal menjelang tiba sebaliknya mahu berikan aksi yang terbaik dan bawa pingat pulang ke tanah air," katanya.
Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi dibarisi 859 orang terdiri daripada 584 atlet, 217 pegawai dan 58 pihak sekretariat dengan penyertaan dalam 37 jenis sukan daripada keseluruhan 40 membabitkan 338 acara daripada keseluruhan 526 yang dipertanding.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022
![Sukan SEA: Atlet, pegawai mesti patuhi SOP ditetapkan - Ahmad Faizal Sukan SEA: Atlet, pegawai mesti patuhi SOP ditetapkan - Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81651078361_AhmadFaizal.jpg)
Ahmad Faizal turut memaklumkan sasaran kontinjen negara di temasya sukan dwitahunan itu, yang bermula 12 hingga 23 Mei ini, ialah 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa. - Gambar fail
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738733020_HannahYeoh.jpg)
Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).
![Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025 Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684792596_KhairulHafizJantan.jpg)
Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.
![Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025 Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736730509_DrHishammuddinZaiz.jpg)
Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.
![PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28 PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735466647_nationalwallclimbi.jpg)
PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
![Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025 Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721029880_TBNurulIzzahIzzati.jpg)
Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.
![Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734088286_TBMegatZulkarnain.jpg)
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
![Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024 Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732885771_AaronChia.jpg)
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
![ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726672677_AbdulHalimKader.jpg)
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
![PSM setia dengan Ahmad Jais PSM setia dengan Ahmad Jais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707194286_MohdSumaliReduan.jpg)
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
![Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025 Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731054095_razkalspadang.jpg)
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.